in

Miliki Harta Jutaan Ringgit Tapi Dipanggil Pengemis, Ini Kisah Ahmad Dawjee ‘Jutawan Akhirat’

Untitled Design 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersedekah dan menderma ini merupakan sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam, Rasulullah S.A.W sendiri menyeru umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud;


“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.” Hadis Riwayat Muslim.

Pasti ramai yang pernah mendengar kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy yang dikenali sebagai jutawan akhirat, jika anda belum tahu, mari kami kongsikan.

Miskin Dunia, Jutawan Akhirat

1D461 Ahmad Dawjee Dhadabhoy

Ahmad Dawjee Dadabhoy merupakan seorang yang berasal daripada Gujerat, India, setelah merantau ke serata pelusuk dunia, beliau memutuskan untuk tinggal di Tanah Melayu dan memilih untuk menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1940-an.

Beliau yang fasih dalam pelbagai bahasa dan amat meminati ilmu kitab itu mempunyai ramai kenalan di serata dunia malah beliau sudah pun dikira sebagai seorang hartawan dan ahli perniagaan yang sudah pun berjaya di kala itu.

Dari awal lagi, beliau banyak  bersedekah hartanya melalui institusi wakaf dan institusi tersebut pada asalnya merupakan wakaf keluarga tetapi kemudiannya dinamakan Alwaqful Islami ul Alamee.

Pernah disangkakan kurang waras

Dek kerana penampilannya yang serba sederhana, ramai yang tidak menyangka beliau seorang hartawan, beliau banyak menghabiskan masa di warung-warung sekitar Kuala Lumpur dan kediaman beliau sehingga akhir hayat hanyalah sebuat flat di Jalan Masjid India yang dipenuhi kitab-kitab serta majalah.

Beliau juga pernah dilabel pengemis dan kurang waras kerana dilihat mengutip sampah dan hanya hidup sendirian tanpa ahli keluarga yang lain mahupun teman di flat tersebut.

Tanah wakaf kini jadi Segi Tiga Emas Kuala Lumpur

Antara harta wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy termasuklah sebidang tanah bersebelahan di Jalan Perak, Kuala Lumpur, dengan keluasan 1.2 ekar.

Rspkl Menarabankislam 5 1 674X1030 1

Selepas Perang Dunia Kedua, tanah ini dijadikan kawasan banglo mewah, selaras dengan peredaran zaman, corak pembangunan di sekitar bertukar menjadi menara pejabat, hotel dan kawasan ini menjadi terkenal sebagai Segitiga Emas Kuala Lumpur.

Nilai kawasan ini semakin mencanak tinggi dengan pembangunan persekitaran yang pesat ditambah dengan terbinanya Menara Berkembar Petronas yang terkenal di persada dunia pada tahun 1996.

Menghadap Illahi seorang diri ditemani buku-bukunya yang dikira ‘harta’ 

Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di rumah flat kecilnya yang terletak di Jalan Masjid India itu, di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau dan tidak ada harta lain. Segala kekayaan yang dikecapinya di dunia sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah.

C529
Antara buku allahyarham

Malah, sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk memberikan wakaf yang terdiri daripada beberapa harta benda serta juga tabung dana kepada pihak penguat kuasa agama dan semua ini akhirnya berjaya dicapai pada tahun 1994.

Harta wakaf Allahyarham yang terdiri daripada hartanah dan pegangan saham, kini ditadbir oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pernah suatu ketika, keluarga nya dari Afrika Selatan dibawa ziarah ke Kuala Lumpur. Apabila diberitahu tentang segala wakaf yang telah dilakukan oleh Ahmad Dawjee, seluruh keluarganya menitiskan air mata melihat tingginya ketaqwaan beliau.

Sumber: Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Mufti Wilayah Persekutuan

Semoga kisah Ahmad Dawjee ini menjadi asbab untuk kita sentiasa bersedekah, Al-Fatihah. 

Baca: “Kerusi ini selamatkan kami” –  Bisnes Jatuh Masa PKP, Kisah Sukses TOMAZ Jadi Inspirasi Ramai

Kerusi Gaming Tomaz Kisah Disebalik

Sumber: Bank Islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.