in

“Kerusi ini selamatkan kami” – Bisnes Jatuh Masa PKP, Kisah Sukses TOMAZ Jadi Inspirasi Ramai

Kerusi Gaming Tomaz Kisah Disebalik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika kita masih ingat lagi, lebih dua tahun lalu saat negara melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, ramai peniaga mengalami kerugian yang dahsyat kerana tidak mampu keluar untuk menjalankan aktiviti ekonomi.


Disebabkan hal tersebut, kebanyakan dari kita work from home hampir setahun lebih lamanya. Ada pula yang tidak bekerja lagi kerana dibuang majikan yang mengalami kerugian.

 

“Kerusi ini yang menyelamatkan kami semasa musim PKP dahulu” 

Oleh itu, syarikat yang menjual pakaian dan kasut fomal, TOMAZ juga agak terkesan dengan fasa PKP yang melanda sehingga company tersebut terpaksa mencari alternatif lain bagi menyelamatkan syarikat mereka.

Img 221206 F1 0023 Img 7904

Menerusi perkongsian saudara Aidi Ezzhar di Twitter, dia telah berkongsi rahsia bagaimana brand TOMAZ ini bangkit ketika mereka hampir mengalami kerugian teruk ketika musim PKP lepas.

Menurutnya, syarikat ini mengubah haluan perniagaan dengan menjual kerusi ‘gaming’ dengan harga yang murah buat mereka yang work from home. Wah idea bagus! 

 

“TOMAZ ambik peluang untuk pecahkan pasaran” 

Tambahnya lagi, syarikat ini telah mengambil tempahan pre-order selama 3 ke 6 bulan dahulu dan kemudian membuat tempahan dengan kilang dari China dengan kuantiti yang banyak.

Disebabkan penjualan gaming chair yang boleh dikatakan agak murah di pasaran, syarikat tersebut viral dan pecahkan pasaran penjualan kerusi tersebut.

Menurut Aidi, solusi kreatif yang diambil syarikat ini telah berjaya membuatkan syarikat itu mengaut keuntungan yang besar apabila mereka berani mengambil risiko dengan menjual produk yang berbeza dari produk yang dijual sebelum ini.

Malah produk itu juga dikatakan sebagai satu produk yang menyelesaikan masalah rakyat yang work from home pada masa itu.

Sekarang kerusinya ada harga lebih daripada itu dah. Kerusi musim PKP je RM500 tu. Last last produk kerusi gaming dan meja gaming jadi produk yang dijual dalam jangka masa yang lama di bawah jenama mereka,” katanya.

Tahniah buat brand ni sebab berani ambil risiko dan kemudian berjaya dapat pulangan yang hebat. Semoga ramai peniaga kat luar sana dapat inspirasi dari kisah ini.

Baca: Bosan Dengan Kisah Cinta? Ini 7 Filem Yang Beri Inspirasi Tentang Bisnes & ‘Start-Up’

Intern

Sumber: Tomaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.