Kejadian pesawat MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014, kembali trending di Twitter selepas jurutera aeroangkasa dari British, Richard Godfrey membuat satu kenyataan yang mengejutkan.
Menurut The Star, Richard Godfrey mendakwa bahawa tempat terakhir pesawat dari Malaysia Airlines (MAS) itu telahpun dikesan di Lautan Hindi sejauh 2,000km dari Barat Perth, Australia serta tersasar sejauh 28km dari carian asal.
Disebabkan hashtag #MH370 trending di No. 1 di Twitter, isteri kepada pramugara insiden MH370 berkongsikan video kompilasi gambar-gambar kenangan bersama suaminya iaitu Mohd Hazrin, di akaun Tiktok miliknya iaitu @intanmaizuraothaman.
https://www.tiktok.com/@intanmaizuraothaman/video/7037866377209777435?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8I8iSGSaL49hvDgMVw0EhzRS4vXK8gGzjACHOSo%2Fnc0V9MbSRpFxA9QyYo1%2B94RYJHl4%2FLWfZYxX4urJ2GgA%3D&language=en&mid=6984166161017621254&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7037866377209777435&share_link_id=81df4b46-d940-469f-ba10-5462a52c3180&source=h5_t×tamp=1638759055&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Intan berkongsikan gambar-gambar kenangan mereka ketika mengunjungi negara-negara Eropah setiap kali menaiki penerbangan bersama-sama ke negara tersebut.
Di bahagian kapsyen video tersebut sahaja sudah cukup menggambarkan perasaan rindu Intan kepada suaminya dan mendoakan supaya suaminya sentiasa dilindungi walau di mana dia berada.
“Menahan airmata while compiling this video… May Allah bless you wherever you are”
Video tersebut telah menyebabkan ramai turut bersimpati dan meninggalkan komen yang mendoakan agar Intan terus kuat menghadapi ujian tersebut.
Bukan itu sahaja, turut ada juga yang memberi komen bahawa kejadian insiden itu seakan baru saja terjadi kerana masih terngiang-ngiang kisahnya walaupun sudah tujuh tahun berlalu.
Insiden MH370 telah mengejutkan orang ramai dari seluruh negara kerana dikatakan hilang dari radar selepas dijadualkan perjalanannya dari KLIA sehingga ke Beijing, China. Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu melibatkan 227 penumpang dan 12 krew pesawat.
Misteri kehilangan pesawat MH370 itu masih lagi menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini dan masih ramai waris yang mengharapkan khabar berita dari insiden tersebut.
Baca: Jurutera British Dakwa Lokasi Nahas MH370 Telah Ditemui, Tersasar 28km Dari Carian Asal?