in

Jurutera British Dakwa Lokasi Nahas MH370 Telah Ditemui, Tersasar 28km Dari Carian Asal?

Cover Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 8 Mac 2014, dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang secara tiba-tiba hilang daripada radar pesawat. Semenjak dari itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menyelesaikan misteri ini.


Beberapa hari lalu, seorang jurutera aeroangkasa, Richard Godfrey mendakwa dia telah berjaya menemui lokasi sebenar kejadian nahas melibatkan pesawat MH370 dengan menggunakan teknologi baru.

2 2

Jelas Godfrey, kejadian nahas tersebut berlaku di 1,993 kilometer dari barat Perth, dan terletak pada 4,000 meter di bawah permukaan dasar laut.

Jurutera aeroangkasa ini turut berkata pencarian yang dilakukan sebelum ini sebenarnya tersasar 28 kilometer dari lokasi nahas yang ditemui oleh beliau. Godfrey turut berharap penemuannya akan mendorong kepada usaha mencari baharu pada tahun hadapan.

4

1 1 1

Difahamkan, lokasi tersebut berada di kawasan yang sama di mana Ketua Oseanografi Universiti Australia Barat, Profesor Chritha Pattiaratchi mendakwa pesawat itu ‘berehat’.

Beliau menggunakan teknologi baharu yang dipanggil ‘perambatan isyarat lemah’, yang pada asalnya dibangunkan untuk radio digital.

Kaedah ini diuji dengan menggunakan beberapa penerbangan ‘buta’ yang tidak boleh dikesan dengan cara biasa. Hasil ujian mendapati laluan dan lokasi penerbangan dapat dijejak dengan tepat.

3

Sebelum ini, Godfrey pernah memberitahu media bahawa nahas tersebut berlaku disebabkan oleh serangan pengganas, namun teori tersebut telah ditolak oleh pakar di Autralia.

“Ia adalah satu rampasan. Ia adalah satu tindakan keganasan pada mata saya”, jelas Godfrey.

“Tetapi anda tahu, saya bukan mahkamah undang-undang. Dan saya hanya boleh mengatakan bahawa itu adalah teori semasa saya. Saya masih terbuka jika pihak berkuasa mahu mendedahkan lebih banyak maklumat yang mereka ada”, sambung lelaki ini.

Untuk rekod, nahas pesawat MH370 telah mengorbankan 239 nyawa penumpang.

Sumber: News, Daily Mail

BACA: Misteri Masih Belum Dirungkai, Esok Genap 7 Tahun Peristiwa Kehilangan Pesawat MH370

Capture 1

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.