in

Merokok Dalam Stadium? Netizen Melenting Gambar Viral Sebab Merokok

Smoke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guys, guys, guys……apa cerita ni?


Merokok dalam stadium? Serious la? Korang kalau dah biasa pergi tengok perlawanan bola dekat stadium mesti dah tahu peraturan dekat dalam tu kan?

Viral di Twitter semalam, seorang netizen mula menegur beberapa penonton yang menghisap rokok dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia VS Thailand di Stadium Bukit Jalil.

Capture 20181202 081539
Sumber: Twitter

Poster “Dilarang Merokok Di Stadium” terpampang besar di skrin

Menurut netizen berkenaan, dia dah tegur orang yang hisap rokok tu dan dah siap tunjuk poster “DILARANG MEROKOK DI STADIUM” yang terpampang besar di skrin stadium tu semalam. Namun, kedegilan yang teramat, orang yang ditegur tu melenting pula. Amboi!

Capture 20181202 081424
Sumber: Twitter

Capture 20181202 081456
Sumber: Twitterm

Siap cakap netizen yang tegur tu dibayar? Tak cukup dengan tu, dia cakap dia dah lama ke stadium, dia lagi tahu. Amboi bang, orang tegur cara baik tu terima je la. Ni la orang Malaysia, pantang ditegur je melenting, cuba berfikiran terbuka, kalau rasa baik terima, yang buruk abaikan je.

Netizen yang menegur mula menviralkan kejadian yang berlaku tadi di Twitter dan mendapat banyak perhatian netizen-netizen lain. Ha, sekarang ni kan zaman viral so korang kalau dah tahu benda tu salah, berhati-hati lah, nanti korang pula yang viral. 

Capture 20181202 081649
Sumber: Twitter

Capture 20181202 081714
Sumber: Twitter

“Kami hisap rokok pon hembus bawah”

Bila dah viral, si pesalah tu pun dah tahu, siap whatsapp, kata dah buka aib dan mempertikaikan netizen tadi kenapa tak ambil semua gambar orang yang smoke dalam stadium tu. Aduhh. Katanya lagi, dia smoke tapi asap rokok tu dia hebus ke bawah. Ke bawah? Asap tu serap dalam tanah ke dik? Of course pergi ke orang lain juga kan…

Capture 20181202 084259
Sumber: Twitter

Netizen siap dah report dekat account Twitter @StadiumMalaysia, Syabas!  Harap pihak stadium dapat ambil tindakan dan ketatkan lagi peraturan dekat stadium. Netizen pun kena prihatin juga, kalau nampak je orang smoke dalam stadium, tegur baik-baik ye!

Baca: Penonton Bola Berang Terpaksa Cangkung Kerana Stadium Tidak Mempunyai Ruang Letak Kaki

Page Bola 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.