in

“Mereka pijak perut menantu saya” – Wanita Bawa Janin Sendiri Ke Balai Polis Lepas Diserang 6 Lelaki

0 Main Woman Shows Police Five Month Old Dead Foetus After She Was Kicked In Stomach By Nine Men Over Row A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu berkumpul dengan keluarga adalah saat-saat yang dinantikan. Lagi-lagi kalau ada majlis, time tu lah nak seronok-seronok kan? Tapi bagi wanita dari India ini, hari yang sepatutnya menyeronokkan telah bertukar menjadi tragedi.


Menurut Mirror, seorang wanita telah membawa janinnya yang keguguran selepas dia dikatakan telah disepak di perut oleh enam lelaki.

Kalau korang nak tahu, wanita ini diserang semasa menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Masa tu, ada tercetus pergaduhan mengenai muzik yang dipasang oleh DJ di sana. Pasal muzik pun nak gaduh teruk ke?

Wanita yang hanya dikenali sebagai Tasavum ni mengatakan keenam-enam tertuduh itu merupakan saudara-saudaranya sendiri.

Tasavum tiba di balai polis Etah di India Uttar Pradesh pada hari Selasa dengan membawa janin berusia lima bulan di dalam plastik sambil ditemani oleh keluarganya. Dia membawa janin ini sebagai bahan bukti.

0 Woman Shows Police Five Month Old Dead Foetus After She Was Kicked In Stomach By Nine Men Over Row A

Bapa mertua Tasavum, Manzur Ali berkata pada media tempatan yang menantunya telah diserang sehingga menyebabkan keguguran.

“Saya, isteri saya Mehraz, anak perempuan saya Sehnaz, Shaheen dan anak lelaki saya Imran serta menantu saya Tasavum pergi ke Kidwai Nagar untuk menghadiri perkahwinan anak buah saya Salman yang juga dihadiri oleh enam tertuduh itu.”

Mereka telah menyerang keluarga saya dan menyepak perut menantu saya sehingga dia keguguran.”

Menurut polis, suami Tasavum, Imran dan tertuduh lain, Adil dan Abdul telah mula bertumbuk semasa majlis perkahwinan tersebut hingga mereka di bawa ke balai polis atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Lima hari kemudian, Tasavum dan saudaranya tiba di balai polis dan mengatakan dia telah diserang semasa pergaduhan tersebut berlaku.

“Keluarga mangsa telah membawa laporan perubatan janin tersebut dari hospital swasta di Agra yang mengatakan Tasavum telah dibawa masuk ke hospital dan kehilangan anak dalam kandungannya.

“Kami akan menjalankan bedah siasat ke atas janin untuk mengesahkan tuduhan mangsa sebelum menangkap 6 individu yang tertuduh itu.”

Tak boleh ke selesaikan satu-satu benda dengan perbincangan. Perlu ke nak bergaduh atas sebab-sebab yang petty macam ni?

 

Baca: “Kena tendang masa pregnant 3 bulan” – Biarpun Keguguran Anak Pertama, Wanita Ini Tetap Maafkan Ex Husband Sebab…

Screenshot 2019 07 04 At 12.53.43 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.