in

“Mereka HERO Malaysia!” – Kerajaan Salur RM500 Juta Untuk KKM & RM130 Juta Kepada Setiap Negeri

Kerajaan Peruntuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam menangani krisis wabak Covid-19 ini, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi telah memutuskan beberapa inisiatif utama termasuklah:


  • pencarum KWSP dapat mengeluarkan wang dari akaun 2 (Baca berita penuh di sini).
  • peminjam PTPTN boleh lanjutkan penangguhan bayaran selama 3 hingga 6 bulan (Baca berita penuh di sini).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati agar semua rakyat menggunakan wang yang dikeluarkan itu sebaik mungkin dalam waktu sukar ini. Selain itu dua lagi inisiatif yang diumumkan beliau sebentar tadi adalah:

 

1. Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan

Bagi menyokong usaha KKM dalam menangani wabak Covid-19 yang melanda sekarang ini, kerajaan telah bersetuju untuk membantu dengan menyalurkan sejumlah RM500 juta.

Antara kepentingan peruntukan itu adalah utnuk digunakan dalam membiayai pembelian perubatan seperti:

  • ventilator
  • peralatan ICU
  • peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan
  • keperluan makmal untuk saringan Covid-19

Menurut beliau lagi, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan peralatan secara darurat untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal.

Peruntukan sebanyak RM100 juta juga disediakan kepada KKM untuk melantik 2,000 kakitangan baru terutamanya jururawat, secara kontrak. Semua tahu, ramai jururawat dan kakitangan hospital keletihan ketika ini kerana terpaksa berkhidmat siang dan malam bagi membuat saringan kes Covid-19 dan merawat pesakit yang disahkan positif.

Kkm1

 

2. Peruntukan RM130 juta kepada negeri-negeri untuk membantu kerajaan negeri menangani krisis Covid-19

Menurut TS Muhyiddin Yassin, peruntukan ini boleh digunakan untuk memberi bantuan kepada:

  • penjaja dan peniaga kecil yang terjejas
  • bantuan kepada pesakit Covid-19 dan ahli keluarga mereka
  • menyediakan keperluan petugas-petugas di peringkat kerajaan negeri yang terlibat

Setiap negeri akan mendapat peruntukan sama rata tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan berkenaan. Kata Muhyiddin lagi, krisis Covid-19 ini memberi kesan kepada kita semua tanpa mengira kaum, agama dan politik.

Sebab itulah saya berpandangan semua pihak tanpa mengira fahaman politik mestilah bersama-sama berganding bahu dan bersatu-padu untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Menjaga keselamatan rakyat, kesihatan rakyat dan nyawa rakyat adalah tanggungjawab kita bersama yang melangkaui batas politik.”

Kkm9

Mari kita semua bersatu dan mendengar perintah kerajaan dalam usaha tangani Covid-19 ini… MALAYSIA BOLEH!

Baca: TERKINI: Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai 1 April 2020

Kwsp Covid 19

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.