in

“Hari ini sehingga 30 September” – Peminjam PTPTN Boleh Lanjutkan Penangguhan Bayaran Selama 3 Hingga 6 Bulan

Ptptn2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lintas lansung daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menjelaskan bahawa peminjam PTPTN dibenarkan lanjutkan memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman yang melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.


Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.

Selain daripada inisiatif-inisiarif yang saya umumkan ini, kerajaan juga sedang mengkaji langkah-langkah tambahan untuk membantu rakyat menghadapi keadaan yang agak sukar pada waktu ini.” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Katanya lagi, langkah-langkah komprehensif sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan yang akan mengambil kira kepentingan setiap kelompok masyarakat di negara ini.

Antaranya peniaga kecil, pemandu teksi, petani, nelayan, penternak, pekerja kilang, kakitangan swasta, kakitangan kerajaan, semuanya akan diberi perhatian oleh kerajaan.

“InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah s.w.t. saya akan umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif pada 30 Mac 2020.”

Kesemua langkah yang bakal diumumkan nanti akan mengambil kira usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara kita dalam jangka masa sederhana. Tambahnya lagi.

Saya berharap dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan, kehidupan saudara-saudari akan lebih terjamin dan ekonomi negara kita juga akan kekal kukuh.

Baca: TERKINI: Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Dari Akaun 2 Mulai 1 April 2020

Kwsp Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.