in

“Mereka ada hak” – Putera Arab Saudi Sokong Pemerintah China Tindas Muslim Uighur Di Kem Tahanan

K

Korang semua mesti dah tahu kan yang pemerintah di China telah menahan lebih satu juta Muslim Uighur di kem tahanan di sana?

Pada yang tak tahu, dekat kem tahanan tersebut, pemerintah China memaksa umat Islam untuk menjalani program yang dikatakan untuk “menghalang ekstremisme”.

Namun, apa yang mereka lalui memang sangat dahsyat, antaranya dorang dipaksa untuk makan babi, dilarang solat atau puasa. Senang cerita, tak boleh nak buat apa-apa bentuk ajaran Islam.

Muslim Uighur 5C172Daa36A37
Sumber: suara merdeka

Ekoran dari penyeksaan ini, beberapa kumpulan Uighur telah membuat permohonan kepada putera Saudi sebagai orang yang berkuasa di negara yang mempertahankan hak-hak Muslim seluruh dunia untuk membela nasib mereka.

Malangnya menurut The Telegraph, pada Jumaat lepas, putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah mempertahankan tindakan pemerintah China menahan umat Islam ini dengan mengatakan ini adalah hak mereka. Seriously?

Screenshot 2019 05 15 At 2.57.05 Pm
Sumber: the telegraph

China ada hak untuk menjalankan kerja-kerja anti pengganas dan ekstremisme ini untuk melindungi negara mereka.”

Dia mengatakan “sokongannya” ini semasa dia ke China untuk menandatangani perjanjian perdagangan yang bernilai jutaan ringgit.

Sedih bila negara yang berpengaruh dan kaya macam ni pun tak boleh nak buat apa-apa untuk membela nasib umat Islam yang tengah menderita.

 

Baca: “Kami dipaksa mkn babi & dilarang solat” – Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan “Istimewa” Di Kem Tahanan Xinjiang.

Screenshot 2019 05 15 At 2.52.06 Pm