in

“Menyusahkan!” – Penonton Wayang Kena Kosongkan Panggung Gara-gara Ada Yang Hisap ‘Vape’

Hisap Vape Dalam Wayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menonton wayang antara aktiviti yang selalu dilakukan untuk mengisi masa lapang serta merehatkan minda.


Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di laman media sosial Twitter apabila seorang individu tidak bertanggungjawab bertindak menghisap vape ketika dalam panggung wayang.

Perkara itu menyebabkan semua penonton diarahkan mengosongkan hall berkenaan kerana penggera kecemasan berbunyi.

Perkongsian pengguna Twitter @amofficalmy itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, malah dia turut berkata perkara itu sangat menyusahkan memandangkan penonton wayang berkenaan sudah kira-kira beberapa minit dalam filem tersebut.

Menurut mStar, beberapa lagi hall lain dalam panggung itu terpaksa dikosongkan kerana deringan penggera itu, ramai pengunjung yang seakan sudah terbantut untuk menonton wayang di sebuah pusat beli-belah di Damansara itu.

Pun begitu, sejurus tamat kekacauan itu, pihak pengurusan wayang tersebut membenarkan semua penonton kembali ke hall masing-masing.

Difahamkan, individu yang tidak bertanggungjawab itu sudah dikenal pasti melalui kamera lita tertutup (CCTV).

Hish, janganlah menyusahkan orang macam tu…

Baca: “You artis, bukan influencer TikTok” –  Mierul Aiman Dikecam Sebab Vape Depan Khalayak Ramai

Ft Mierul Aiman Vape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.