in

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Trending Di Twitter Gara-gara Istilah ‘Spanish Fly’ & Salah Bagi Fakta

Adham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petang semalam, “Spanish Fly” jadi trending di Twitter sehingga sekarang ekoran dengan ketelanjuran kata daripada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam satu taklimat di sebuah universiti tempatan.


Dalam satu klip video yang berdurasi 39 saat itu, difahamkan Dr Adham Baba cuba menerangkan satu pandemik yang sebelum ini pernah melanda dunia kira-kira satu abad yang lalu iaitu Spanish Flu.

 

Dalam dunia 2.8 juta orang meninggal dunia kerana Covid-19. Spanish ‘fly’ (flu) 1919/1916 lebih kurang sejuta, ia berlaku selama 2 tahun, Spanish ‘fly’ ini, Spanish wabak lah”

Selain daripada tersilap memberikan istilah penerangan, difahamkan beliau turut dikritik kerana terdapat beberapa info dan fakta yang salah di berikan dalam kenyataan ini.

Antaranya adalah jumlah kematian di seluruh dunia yang menurutnya dicatatkan sebanyak 2.8 juta akibat Covid-19. Lapor The Washington Post, sepanjang 8 Julai 2021, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan bahawa angka kematian akibat Covid-19 ini telah mencecah sebanyak 4 juta.

Malah, BFM News turut melaporkan bahawa, Spanish Flu (Selsema Sepanyol) yang berlaku sekitar tahun 1918 hingga 1920 ini telah menjangkiti kira-kira 500 juta orang dan meragut sekurang-kurangnya 50 juta nyawa di seluruh dunia.

Sepanjang tempoh artikel ini ditulis ‘Spanish Fly’  trending nombor satu dalam kalangan Twitterjaya di Malaysia dan kini sedang hangat menjadi topik dibahaskan oleh warganet.

 

Spanish Flyyy – Netizen

Spansih3 Spanish5 Spanish4 Spanish3

Untuk rekod, Malaysiakini melaporkan bahawa Dr Adham Baba sebelum ini pernah menjadi tumpuan warganet berikutan dengan kenyataannya memberikan ‘petua’ meminum air suam cegah diri daripada virus Covid-19 pada Mac tahun lepas.

 

Baca : “Banyak sangat minum air suam ni” – Menteri Kesihatan Dikecam Lagi Lepas Dakwa Bercakap Dengan 500 Negara

Menteri

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.