in

“Menjawablah dengan Allah SWT!” – Ashraf Muslim Berang Isu Iklan Judi, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas

Ashraf Muslim Isu Iklan Judi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh satu hari ini mengenai isu iklan bertemakan Hari Raya Aidilfitri daripada sebuah syarikat judi online yang menjadi kecaman netizen.


Susulan isu tersebut, ramai yang marah kerana iklan tersebut disifatkan tidak menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang mulia kerana perjudian itu adalah sesuatu yang haram bagi umat Islam.

Tidak ketinggalan bersuara mengenai isu tersebut, pelakon Ashraf Muslim menerusi Instagram telah meluahkan rasa marahnya terhadap mereka yang terbabit dalam pembikian iklan tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada kru produksi yang terbabit.

Muslim

 

“Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa” 

Ashraf yang juga pelakon bagi filem Ada Apa Dengan Dosa itu berkata, penghasilan video berkenaan telah melanggar sensitiviti Islam dan memalukan negara.

Makin menjadi-jadi manusia sekarang, secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa pada bulan Ramadan.

“Kurang ajarlah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni fasal apa? Judilah! Judi itu haram, mana iman dan akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ini!

“Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan itu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Kemudian berani pula nak promosi macam ini. Kalau lah kamu ini Islam, menjawablah dengan Allah SWT,” katanya.

Ashraf 1

Kata Ashraf lagi, dia terpanggil untuk bersuara mengenai isu ini dan memuat naik hantaran tersebut bukanlah untuk mempromosi perkara haram tapi memberitahu masyarakat bahawa inilah cara halus yang digunakan untuk merosakkan Islam.

“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam video ini. Daripada yang buat idea, klien yang terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yang terlibat dengan video ini.

“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat Islam,” tegasnya.

Posting dari pelakon ini telah mendapat sokongan daripada rakan artis dan netizen yang berpendapat pihak berkuasa wajar mengambil tindakan tegas berkenaan isu tersebut supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

Hukum

Fuh macam-macam ye yang berlaku. Baru minggu pertama Ramadan. 

Baca: Buat Iklan Raya Syarikat Judi, Polis Tengah Cari Pelakon & Penerbit Video

Cats 61

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.