in

Mengidam Durian? Kini Anda Boleh Dapatkan McFlurry dan Sundae Durian D24 di McDonald’s

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Mengidam Durian? Kini Anda Boleh Dapatkan McFlurry dan Sundae Durian D24 di McDonald's
/

Seperti ramai yang tahu sekarang ni musim durian di Malaysia. Tengok tepi jalan je mesti nampak orang jual durian. Yang pasti pada musim ini juga ramai yang tak lepaskan peluang untuk cuba pelbagai resipi masakan mahupun pencuci mulut yang melibatkan durian. Samalah seperti restoran makanan segera kegemaran ramai iaitu McDonald’s!


Semalam je riuh di laman sosial dengan berita bahawa McDonald’s Malaysia bakal keluarkan McFlurry dan Sundae berperisa durian!

Sumber: Facebook

Menurut Facebook, McDonald’s akan keluar dengan menu terbaru mereka iaitu aiskrim McFlurry dan Sundae Durian D24 bermula 24 Ogos ini. Dah terliur dah ni!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Gambar yang viral di media sosial telah pun di muat naik oleh penduduk di Sabah dan Sarawak yang mana sudah pun mencuba McFlurry dan Sundae Durian D24 tersebut. Cemburunya!

Rata-rata netizen di sana mengatakan ia sangat sedap dan berbaloi kerana mereka menggunakan durian gred D24 dan bukan calang-calang durian.

Pandai juga pihak pemasaran McDonald’s menambatkan hati rakyat Malaysia. Yelah kan rata-rata semuanya kaki durian. Jadi betullah langkah mereka tu untuk keluarkan pencuci mulut sebegini.

Sabar ye semua… Esok dah boleh serbu McD untuk cuba perisa aiskrim yang baru ni!

Baca: Wanita Sebak Lihat Kanak-kanak Melilau Cari Sisa Makanan di McDonald’s KL Sentral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.