Orang sekarang ni makin berani pulak ye…
Ibu kepada dua anak mengaku kini dalam keadaan trauma lepas anaknya hampir jadi mangsa culik di rumah sendiri yang terletak di Saujana Impian, Kajang pada waktu tengah hari.
Menurut mStar, walau bagaimanapun, Nor Azibita Zahar, 41, atau lebih mesra dipanggil Kak Azie lega insiden cubaan samun dan culik berjaya digagalkan gara-gara jeritan kuatnya.
“Wajah lelaki itu masih saya ingat. Dia sempat pandang balik ke arah saya dengan berani tanpa menutup muka sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal selepas terdengar jeritan saya.”
Kak Azie menceritakan masa kejadian, dia berada di rumah dengan anak bongsunya Muhammad Adam Darwish bila terdengar bunyi kuat pagar depan dibuka yang disangkakan anak lelakinya yang baru pulang dari sekolah.
“Anak bongsu saya memang biasa sambut anak bujang balik jika dengar pagar dibuka, jadi anak bongsu terus meluru ke pintu tapi grill memang berkunci.”
Namun, dia terkejut bila nampak kelibat seorang lelaki memakai helmet berdiri dekat jeriji rumah sambil cuba buka pintu yang dikunci dan berjaring.
“Nasib juga ada jaring pada grill. Bayangkan kalau tak ada jaring, dia boleh je tarik tangan anak saya dan ugut saya untuk buka mangga grill.”
“Masa itu Allah je yang tahu, menggigil seluruh badan saya kerana anak saya betul-betul di depan lelaki itu.”
Kak Azie juga tak sangka lelaki tersebut berani nak menyamun rumah berpenghuni pada waktu puncak memandangkan kediamannya tu dekat je dengan dua buah sekolah.
“Orang ramai bebas keluar masuk. Jadi setiap hari ada saja kereta tidak dikenali parking dekat rumah kerana menunggu anak balik sekolah.”
Susulan kejadian ni, Kak Azie yang juga merupakan suri rumah berharap agar kawalan keselamatan di kawasan perumahan tersebut diperketatkan.
Syukur sangat takde apa yang serius berlaku.
NOTA: Gambar di belah kanan adalah sekadar hiasan
Baca: BAHAYA! Wanita Curah Cili, Taktik Samun di AEON Cheras