in

“Memang tak ada niat, sumpah demi Allah” – Isu Persenda Aktivis OKU, Baby Shima Muat Naik Video Jelas Perkara Sebenar

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular video penyanyi yang dikenali dengan nama Baby Shima meniru perlakuan seorang lelaki OKU yang tak mempunyai tangan.


Ekoran dari itu, Shima telah dikecam oleh netizen kerana dikatakan mempersendakan aktivis Zhariff Afandi yang dilahirkan tanpa tangan dan menggunakan kaki untuk menjalankan aktiviti harian.

Disebabkan cemuhan yang diterima, semalam Baby Shima telah pun memuat naik video dia menelefon Zhariff sendiri untuk memohon maaf serta menjelaskan situasi sebenar kepada netizen yang mengecamnya.

“Shima memang tak ada niat, sumpah demi Allah”

Dalam video tersebut, Shima menjelaskan kepada Zhariff ketika dia buat video tersebut dia tak perasan dengan keadaan Zhariff yang sebenar dan telah dengan tak sengaja mengajuk kelakuan lelaki itu.

Betul bang, sumpah demi Allah Shima tak perasan langsung. Shima memang tak ada niat apa-apa pun. Shima sikit pun tak perasan keadaan abang. Sumpah demi Allah kalau abang nak saya sumpah atas al-Quran…”

Tambah Shima lagi, video tersebut telah pun dimuat naik empat hari lalu, dan selepas tiga puluh minit, Shima perasan ada orang komen mengenai keadaan Zhariff, penyanyi ni terus memadamkan video tersebut.

Zhariff ketika menerima panggilan dari Shima itu turut mengatakan yang dia telah pun melihat video yang dimuat naik oleh Shima dan merasakan yang video tersebut kelakar dan tak rasa kecil hati pun dengan video tersebut.

Bila tengok video tu kelakar pun ada, tapi saya tak ada rasa offended. Saya maafkan Shima bukan sebab Shima buat salah tapi sebab Shima minta maaf. Abang harap lepas ni Shima belajar dari pengalaman.”

Untuk pengetahuan korang, ekoran kecaman yang diterimanya, Shima telah pun berbincang dengan peguamnya dan membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan video tersebut, lapor Harian Metro.

Baguslah Shima tak takut nak minta maaf bila dah buat salah. Yang lain tu jangan lebih-lebih Zhariff pun tak terasa dengan Shima tau!

 

Baca: “Lawak tak kena langsung” – Didakwa Persenda Lelaki OKU Tiada Tangan, Baby Shima Dikecam Netizen

Baby Shimut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.