in

“Lawak tak kena langsung” – Didakwa Persenda Lelaki OKU Tiada Tangan, Baby Shima Dikecam Netizen

Baby Shimut

Sudah menjadi trend bagi golongan selebriti untuk memuat naik pelbagai video menarik di TikTok buat tatapan peminatnya dan pengguna media sosial.

Ada yang muat naik video berilmu dan ada juga yang buat challenge ataupun video lawak. Tapi dalam bergurau atau mengikuti trend semasa tu, berhati-hatilah jangan sampai mempersenda dan mengguris hati orang ramai.

Baru-baru ini, penyanyi Baby Shima telah memuat naik satu video TikTok yang menunjukkan dirinya ‘meniru’ perlakuan seorang lelaki OKU yang tidak mempunyai tangan. 

 

“Try hard sangat sampai sanggup buat content murahan” 

Video tersebut kemudian mendapat kecaman ramai selepas netizen mendapati lelaki yang ‘ditiru’ oleh Baby Shima tersebut memang benar seorang lelaki kelainan upaya dan tidak mempunyai tangan.

Malah ramai yang mengatakan Baby Shima melakonkan video berkenaan dengan tujuan untuk ‘melawak’ tetapi nampaknya lawak penyanyi ni ‘tak sampai’ atau seakan-akan mempersenda individu tersebut.

Murah

 

“Ada sorang lagi artis lelaki buat macam ni…” 

Menurut netizen lagi, bukan Baby Shima saja yang buat video TikTok berkenaan yang mempersenda lelaki tersebut. Penyanyi Andi Bernadee pun memuat video lebih kurang sama di TikTok.

Walau bagaimanapun video tersebut telah dipadam daripada platform terbabit selepas mendapat kecaman ramai.

Retuih

Bagi yang tak tahu, lelaki yang menjadi subjek di dalam video tersebut merupakan Zhariff Afandi. Beliau seorang pakar motivasi dan sering muncul dengan kisah inspirasi buat mereka yang mengalami nasib yang sama sepertinya.

Apa-apapun, admin harap selebriti yang sudah memuat naik video tersebut sedar akan kesilapan mereka dan tidak lagi membuat content yang tidak berfaedah seperti yang di atas.

Baca: “Cite tu, akak berkemban tau” – [VIDEO] Bergenang Air Mata, Noorkhiriah Merayu TikToker Padam Scene Drama Lama

Khiriah

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter