in

“Memang sempoi” – [VIDEO] Netizen Puji Tok Ram Selamba Berkain Pelikat Di ‘Red Carpet’

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Gegar Vaganza Musim ke-8 telah pun melabuhkan tirainya dengan menobatkan Aliff Aziz sebagai juara, Nikki Palikat naib juara, Suki memenangi tempat ketiga diikuti dengan Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.


Selain persembahan malam tadi, acara rehearsal yang dibuat pada malam Sabtu lepas juga turut mendapat perhatian ramai selepas tular video Ketua Juri Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram dilihat berpenampilan sempoi ketika itu.

Video yang dikongsikan di Instagram pelawak Issey itu menunjukkan Tok Ram hanya memakai t-shirt, berkain pelikat dan selipar jepun ketika berjalan di karpet merah PICC Putrajaya.

“Diamlah koranggg”

Dapat dilihat juga dalam video ini, Tok Ram diusik bila ditanya siapa yang sponsor pakaiannya itu dan komposer tersebut telah menjawab usikan tersebut dengan jawapan menunjukkan dia malas melayan. Hahaha

Menerusi Instagram pengacara Gegar Vaganza Live Plus Fiza Frizzy pula, dia mengatakan Tok Ram memang sentiasa sempoi gayanya.

Kesayangan kami di GV; tiap tiap minggu kalau terserempak memang gini sempoi gayanya.. Saja je usik mengusik.”

Manakala netizen yang melihat video ini turut terhibur dengan gelagat Tok Ram dan memuji gayanya yang sangat sempoi dan bersahaja.

Screenshot 2022 01 24 At 11.46.57 Am Down

Bila tengok GV ni, selain nak tengok peserta-peserta bersaing, ramai juga yang suka dengan gelagat Tok Ram bila diusik. Confirm ramai yang rindu sebelum tunggu next GV ni.

 

Baca: “Semua sama hebat” – 6 Bintang Layak Ke Final, Tok Ram Akui Sukar Pilih Juara GV8

Screenshot 2022 01 24 At 11.55.34 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.