in

“Hati kau keras Ramli” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Datin Alyah Tak Percaya Dapat Bunga Dari Tok Ram

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang dah biasa tengok Datuk Ramli MS atau lebih senang disapa Tok Ram sejak zaman Akademi Fantasia dulu mesti dah tahu kan dengan imej serious dan tegas yang selalu ditampilkan?


Macam yang korang tahu juga, Tok Ram telah pun mendirikan rumah tangga dengan penyanyi tersohor, Datin Alyah. Kerana sifatnya yang jarang berkongsikan hal peribadi, perkahwinan keduanya ini dulu turut dirahsiakan dan hanya diketahui selepas rumahnya diserbu JAIS. Fuh kontroversi betul masa tu.

Sejak akhir-akhir ini barulah Tok Ram dan Alyah ada tunjukkan serba sedikit tentang kehidupan peribadi mereka sebagai suami isteri di laman sosial.

“Adakah ini mimpi?”

Malah minggu lalu, Datin Alyah baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 dan memuat naik video mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang memberi ucapan dan menyambut hari kelahirannya.

Datin Alyah turut memberitahu yang dia tak menyangka dapat bunga dari suaminya sempena hari jadinya itu.

Tak cukup dengan itu, sebentar tadi Datin Alyah turut memuat naik video menunjukkan reaksi terkejutnya bila dia mendapat bunga tersebut.

Korang dapat tengok dalam video dekat bawah ni, Datin Alyah memang tak expect langsung bunga tu Tok Ram yang bagi. Mana tidaknya, suaminya itu yang dikatakan ada berdekatan dengannya memang tak bagi reaksi langsung, malah kad pun takde tulis apa-apa. Aduiii nak tunjuk romantik pun malu malu.

Bila kau tak percaya yg suami ko yg bagi bunga kat ko. Sbb kat card tu tak ada tulis apa apa. Bila tengok muka dia dia buat tak tau ja ya. Ramli oh Ramli. Sungguh keras hati ko Ramli (Melawak saja ya) dialog film Ali setan.”

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Rata-rata netizen yang melihat video ini turut terhibur dan mengusik Tok Ram yang disifatkan sebagai lelaki “dalam hati ada taman”.

Screenshot 2022 01 12 At 2.21.24 Pm Down

Hahaha, sekurang-kurangnya nampaklah jugak effort Tok Ram tu walaupun tunjuk tak tunjuk sangat.

 

Baca: Tok Ram Puji Yassin Salah Masuk Intro Tapi Pandai Sembunyi ‘Lintang-Pukang’

Screenshot 2022 01 12 At 2.38.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.