in

“Memang rasa busuk, bau bangkai!” – Premis Sate Tulang ‘Femes’ Kat Senawang Kena Tutup!

Sate Bangkai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam nak terkeluar isi perut admin lepas tengok gambar sebuah premis sate yang viral baru-baru ni!


Menurut Sinar Harian, seorang pengusaha sate tulang kat Senawang, Seremban telah diarahkan untuk tutup operasi kedainya selama 2 minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) lepas didapati abaikan kebersihan dalam penyediaan makanan.

44377819 621623174899910 8498900208950706176 N
sumber: facebook
44383297 621623314899896 8342809007081127936 N
sumber: facebook

 

Peralatan masak kotor, pengendali makanan tak ada suntikan tifoid

Menerusi pemeriksaan mengejut kat sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang, pihak JKNS mendapati pemilik premis ni dah langgar Akta Makanan 1983 dan secara keseluruhan tempat tu memang didapati tak bersih langsung!

“Selain itu pengusaha premis juga didapati telah melakukan beberapa kesalahan seperti pengendali makanan tiada suntikan tifoid, peralatan masakan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih,” katanya.

44348360 621623391566555 4219043432531755008 N
sumber: facebook
44490343 621623388233222 4046123608198610944 N
sumber: facebook
44502971 621623354899892 6065317347571269632 N
sumber: facebook

 

“Tak heran la kalau macam ni, sebab pernah makan sate ni. Memang rasa busuk, rasa bangkai!” 

Kes ni jugak mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengaku restoran sate tulang ni memang jijik dan satenya pun rasa macam bangkai. Entah kenapa orang ramai suka sangat makan dekat kedai tersebut sampai jadi femes dan sebutan ramai. Emm pelik gak! 

Bangkai
sumber: facebook

Walau macam manapun, pihak jabatan kesihatan ucapkan terima kasih atas makluman orang awam tentang kes tersebut dan menasihatkan supaya penggemar sate pilihlah kedai yang bersih untuk elakkan keracunan makanan.

Makanan masakan dari rumah jugak yang sedap eh! 

Baca: Ini Kronologi Sebenar Punca Keracunan Laksa Kebok Yang Ragut 2 Nyawa

Kebok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.