in

“Memang niat bagi pecah..” – Taktik Travellers Claim Insurans Beg, Senang Betul Kerja Korang Ek?

Page 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila merancang percutian ke suatu destinasi, jangan lupa untuk ambil insurans perjalanan atau travel insurance sebagai langkah keselamatan.


Ramai yang anggap insurans ini mahal tapi sebenarnya ia kaedah terbaik untuk melindungi anda daripada sebarang musibah termasuk kemalangan, kehilangan atau kerosakan beg mahupun flight delayed.

“Doa semoga beg kau pecah”

Tapi tu tak bermakna korang boleh sewenang-wenangnya ambil kesempatan ke atas insurans ditawarkan.

Contohnya seperti tindakan gadis ini yang memuat naik steps untuk claim beg baru daripada syarikat penerbangan menerusi insurans syarikat.

Beg Pecah 1
sumber: twitter
Beg Pecah 2
sumber: twitter
Beg Pecah 3
sumber: twitter
Beg Pecah 4
sumber: twitter

Walaupun sekadar berkongsi apa yang berlaku pada bagasinya, tapi niatnya itu dianggap melampau bagi netizen.

Akibat tak tahan dikecam, gadis berkenaan nampaknya dah tukar username di Twitter.

Tuntut insurans RM900

Rupa-rupanya, ada juga pengguna lain yang berkongsi kisah yang sama.

Dengan membeli 3 beg murah pada harga RM220 di Shopee, dia dengan bangganya bercerita berjaya menuntut insurans hampir tiga kali ganda daripada kos asal!

Beg Pecah 5
sumber: twitter

Tapi katanya dia tak buat apa-apa salah pun sebab dia sekadar menuntut haknya sendiri. Malah tuntutan dibuat itu berdasarkan pakej yang diambil dengan ejen insurannya.

Beg Pecah 6
sumber: twitter

Dan isu ini juga dah sampai kepada pengetahuan ejen insurannya sendiri. Hmm..

“Menipu untuk keuntungan diri sendiri”

Tak nafikan, ramai dah tahu isu bagasi rosak boleh berlaku akibat mishandling oleh mana-mana pihak sepanjang perjalanan tu.

Tapi takkan sampai sanggup menipu semata-mata nak tuntut insurans?

Beg Pecah 7.1
sumber: twitter
Beg Pecah 8.1
sumber: twitter
Beg Pecah 9.1
sumber: twitter

Tak tahulah nak cakap macam mana.

Kalau nanti selepas ni susah nak tuntut claim insurans, tak kiralah untuk insurans peribadi atau perjalanan, jangan ada yang marah-marah pula ek.

Ini yang orang tua-tua kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Baca: [VIDEO] Dato AC Mizal Berang Beg Pecah Lepas Naik Airline AirAsia

Ac

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.