“Memang mentaliti kelas ketiga” – Siap Letak Makanan Lagi, Arca Penyu di Melaka Dah Jadi Meja Piknik

Tambah ke Sumber Pilihan
“Memang mentaliti kelas ketiga” – Siap Letak Makanan Lagi, Arca Penyu di Melaka Dah Jadi Meja Piknik

Walaupun kita dah memasuki fasa baru kehidupan pada tahun 2021 ni, masih ada lagi yang berpegang pada mentaliti kelas ketiga. Kalau kerajaan sediakan kemudahan, mesti akan ada yang rosakkan kemudahan dengan vandalisme. Kalau macam ni lah rupanya, sampai bila-bila pun negara kita ni takkan maju kan. 

Kali ini, arca penyu yang baru sahaja dirasmikan seminggu yang lalu di sebuah pantai di Melaka telah disalahgunakan oleh pengunjung kawasan itu. Menurut perkongsian Facebook Negeri Sembilan Kini, arca penyu tersebut sebenarnya dibuat untuk menjadi tempat mengambil gambar.


https://www.facebook.com/149532988485908/posts/3354077651364743/?d=n

Namun, ada pulak yang menjadikan arca tersebut sebagai meja piknik. Boleh pulak macam tu eh? Siap letak macam-macam makanan pulak tu. 

Arca penyu yang telah dibina di Pantai Pengkalan Balak, Melaka itu dibuat untuk menarik pelancong baru ke kawasan tersebut. Jadi, korang tak payah pergi Terengganu dulu kalau nak ambik gambar dengan penyu kan. 

Pantai 5Sumber: Facebook

Pantai 4Sumber: Facebook

Namun, lain pula jadinya. Kalau ya pun tak cukup meja makan di kawasan tu, bawak lah tikar picnic sendiri. Rasanya lagi selesa kalau duduk bersila ramai-ramai kan.

Perbuatan berkelah di arca penyu telah menyusahkan pengunjung yang lain untuk bergambar sebab tujuan asal arca tu dibuat pun untuk korang ambil gambar Outfit of the Day (OOTD). Kesian orang lain nak kena tunggu korang habis makan dulu baru boleh ambik gambar. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa mereka dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang seperti tidak menghargai kemudahan awam yang telah disediakan.

Pantai 2 1Sumber: Facebook

Ada juga yang mencadangkan agar papan tanda ‘Dilarang Duduk’ diletakkan di kawasan arca tersebut dan pengunjung hanya dibenarkan duduk untuk mengambil gambar sahaja.

Pantai 3Sumber: Facebook

Rasanya negara kita perlu tingkatkan lagi mutu pendidikan sivik dalam silibus pendidikan kebangsaan. Mungkin kena tambahkan subjek common sense dalam subjek tu kan. 

Baca: “Beruk kot yang buat” – Pantai PD Penuh Sampah Sarap Lepas Kerajaan Benarkan Keluar

Pantai

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Memang mentaliti kelas ketiga” – Siap Letak Makanan Lagi, Arca Penyu di Melaka Dah Jadi Meja Piknik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/memang-mentaliti-kelas-ketiga-siap-letak-makanan-lagi-arca-penyu-di-melaka-dah-jadi-meja-piknik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM