in

“Memang berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah” – Bekas Isteri Buka Mulut

Serina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kontroversi tentang perkahwinan antara Serina Redzuawan dan suaminya Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin semakin hangat apabila satu lagi perkara didedahkan oleh seorang wanita ini.


Difahamkan, masa hari perkahwinan mereka itu, ia dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama pada waktu itu.

Wanita yang tampil menjelaskan situasi sebenar itu merupakan bekas isteri pertama Aidid, lapor mStar Online.

 

 

Kahwin tanpa kebenaran isteri pertama?

Aidid2

Katanya, waktu mereka berkahwin, status Nur Hamizah Shaffee, 34, masih lagi isteri Aidid yang sah.

Sangkalan itu dibuat kerana dipercayai Serina ada buat kenyataan bahawa Aidid berstatus duda semasa mereka nikah senyap-senyap di Perlis.

Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.”

Katanya lagi, hubungan dia dengan bekas suami tiada sebarang masalah dan mereka jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-maing dan tujuan dia memberikan kenyataan ini adalah sebab nak bersihkan nama keluarga.

Hamizah merupakan seorang pensyarah di sebuah koleh antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga bersama Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tiada cahaya mata.

Namun, Hamizah menjelaskan di diceraikan oleh Aidid pada 9 Mac lalu.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi Serina beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.”

Aidid

Tambahnya lagi, cukup sebulan selepas Hamizah diceraikan pada 8 Mac lalu, Serina terus kongsi berita perkahwinannya kepada umum.

Malah, ketika di dihubungi mStar Online, Hamizah ada kongsi salinan aduannya terhadap suami melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak, 2 Mac lalu.

Aidid3

Dalam aduannya itu, Hamizah berkara pada 18 Februari lalu dia dimaklumkan oleh Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina.

Hamizah turut menyatakan di dalam aduannya bahawa perkahwinan mereka itu berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Dia juga ada memberitahu sumber bahawa dia ada cuba hubungi Chef Wan bagi menjelaskan perkara sebenar namun usahanya tidak berjaya.

 

Baca : “I am confused here” – Chef Wan Dedah Perkara Sebenar Isu Anak Kahwin Tanpa Pengetahuan

Chefwan 1

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.