in

“Melenting bagai nak gila tak selesaikan masalah”- Netizen Bandingkan Profesionalism Fazura Dengan Sharnaaz Bila Silap Eja Nama

Sharnazzfaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Sharnaaz Ahmad terpalit lagi dengan satu kontroversi yang melibatkan pihak pihak produksi lakonan filem terbarunya yang bakal menyusul 5 September ini, Wangi.


 

Yang buat poster pun bahalol, nama aku tak reti nak eja. C*laka”

Minggu lepas, satu akaun Instagram Fan Club Erra Fazira ada mempromosikan filem Wangi, filem tersebut dibintangi oleh Erra Fazira , Sharnaaz Ahmad dan Mia Nasir.

Dalam poster tu, ada lah typo dekat nama “Sharnaaz” diubah jadi Shahnaz.

67154666 10156188942841283 5118275564154650624 O

Disebabkan itu, Sharnaaz terpanggil untuk menegur kesilapan ejaan namanya dengan menggunakan kata-kata kesat.

Sharnaaz Ahmad Kecam Kukubesi Poster Wangi Di Instagram Tehpanas

Tersinggung dengan teguran itu, pereka grafik yang bertanggungjawab dalam menghasilkan poster filem tersebut tampil memohon maaf kepada Sharnaaz. dan menjelaskan situasinya.

 

Yang BAHALOL dan CELAKA datangnye dari Abang KB dan yang SUCI dan MULIA datanye dari Adik Sha… ku pohon ampun.

PERMOHONAN MAAF KUKUBESI BUAT SHARNAAZ AHMAD.Kehadapan adik ShaDisini Abang KB sebagai pereka poster ingin membuat…

Posted by kukubesi manipulasi on Tuesday, July 16, 2019

Bila cerita ni sampai ke mata netizen, ramai yang kurang senang dengan kelantangan Sharnaaz Ahmad terhadap isu remeh ni.

Menerusi Instagram sepitsiput, hal ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara baik. Malah dia juga ada buat satu kenyataan yang disokong oleh para pengikutnya.

 

Takkan tak boleh selesai di luar sosial media?

 

View this post on Instagram

Nama selebriti adalah JENAMA. Jenama itu pelaburan jangka masa panjang. Tentunya ia perlu diselia agar penjemaan menjadi kukuh. Sebagai contoh, berapa ramai je rakyat Malaysia yg sering salah eja nama AWIE? Tak ramai..kebanyakkan netizen tulis nama Awie dgn E, jarang yg tulis tanpa E di belakang. Begitu jua nama seperti ERRA FAZIRA… waima beliau pernah nak tukar nama ke EERA . Jenama ERRA tu sudah kukuh dan peminat mengenali hanya dirinya dengan nama ERRA. Ada beberapa artis lain selepas itu terpaksa jadi kreatif utk buat nama seakan beliau. . Kisah pelakon SHARNAAZ AHMAD yang dilaporkan berang terhadap pereka grafik poster filem terbarunya bagi meols amatlah remeh. Sangat remeh utk artis melenting dan dikecam hebat. Masa ambil job sudah tentunya nombor producer dah tersimpan dlm phone. Takkan tak boleh selesai di luar sosial media? Pereka grafik itu memohon maaf selepas Sharnaaz melenting di sosial media sedangkan hal ini sepatutnya producer yg masuk campur. Bagaimana artwork yg bukan Final Artwork (FA) boleh lepas ke orang ramai? Jika benar ada kesilapan ejaan, ia masalah kecil kerana filem pun masih belum tayang. . . Jadi penerimaan umum terhadap kes ini bergantung kepada cara selebriti mengendalikannya. Melenting bagai nak gila tak menyelesaikan masalah tp memburukkan reputasi yang sudah sering dikaitkan dgn sikap kuat merentan. Jika difikirkan memang nama Sharnaaz bukan nama ejaan Bahasa Melayu pun. Ia dirumikan dari nama Parsi/Pashtun ya. Sebagaimana nama2 India/Pakistan yang guna banyak vowel spt EE dan AA (Ameer, Jasmeen, Mehnaaz , Neelofa etc). Jadi agak rumit utk sesetengah Melayu piyor utk eja secara jelas. Think again about it, maknanya nama Sharnaaz itu sendiri belum established agaknya dalam industri. Ada baiknya muhasabah diri dan invest on baiki jenama Sharnaaz tu, biar orang kenang dgn positifnya. . . Meols ambil contoh sikap Fazura yg pernah menegur kesilapan nama ayahnya dlm sebuah akhbar. Yes, silap nama ayah agak sensitif. Tp cara beliau menegur boleh dipuji. Tak perlu carut marut. Begitu juga bila beliau jadikan kesilapan sebutan namanya oleh Piolo Pascual pada 2015 sbg bahan ketawa. Classy! #SepitLahar

A post shared by Trivia Artis Malaysia (@sepitsiput) on

Kes ini mengingatkan pada Fazura yang sebelum ini membuat teguran terbuka pada akhbar tempatan yang silap eja nama ayah dia.

Tambahan pula, nama yang silap eja tu nama ayah, isu yang sepatutnya jauh lebih sensitif. Berbeza dengan Sharnaaz, Fazura bersikap lebih terbuka, tak mudah melatah dan profesional untuk menegur akhbar tersebut.

Boleh rujuk kat video diatas. Apapun semua orang buat silap, jadi mungkin lepas ni boleh buat ikhtibar.

Filem Wangi yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Erra Faziran dan Mia Nasir akan ke pawangan pada 5 September ini.

Baca : Sharnaaz Ahmad Didenda RM1,200 Kerana Tumbuk Bangla di Kelab Golf

Sa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.