Dua tiga menjak ini, tekak admin terasa macam nak makan benda manis je. Admin rasa korang pun ada perasaan yang sama kan? Mana taknya, sekarang ni kan bulan puasa. Nampak apa je mesti terliur.
Antara contohnya ialah kuih Bomboloni Nutella ni. Aduh… Nutella yang meleleh dari bomboloni ni memang buat cheq terliuq abis lah! Nak cari kat bazaar memang susah, apa kata korang buat sendiri?

Haa meh admin nak share resepi Bomboloni Nutella ni dari Twitter Resepi Makanan Malaysia.
Bahan-bahan yang diperlukan
- Tepung gandum/high protein (500gm)
- Pemilik resepi guna high protein
- Yis mauripan (11gm) bersamaan 1 paket
- Serbuk penaik (1/2 sudu teh/ sudu kecil)
- Marjerin (1 sudu makan)
- Telur gred B (1 biji)
- Gula (3 sudu makan /sudu besar)
- Sedikit garam
- Susu segar (1 cawan)
- Air biasa (1/2 cawan)

Cara penyediaan
- Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.
- Kalau korang uli guna tangan, uli selama 15 hingga 20 minit. Jika menggunakan mixer, korang uli 10 minit.
Tips: Uli sampai dia jadi elastik. Tidak terlalu lembik.

- Rehatkan adunan selama 30 minit.
- Buang angin. Kemudian, bentukkan doh secara rounding.
- Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. Selepas itu, sudah boleh goreng menggunakan api sederhana.

- Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian susun donat tu.
Tips: Snow sugar boleh dicari di kedai bakeri.
- Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam. Jangan sehingga tembus pulak ye.
- Last sekali, boleh letak inti (filling) Nutella.

Nah contoh gambar Bomboloni Nutella yang sedap dan meleleh coklatnya! Umm tak sabar min nak buat nanti untuk berbuka.

Korang cubalah lepas tu share kat ruangan komen kalau menjadi tau!
Baca: Mendapat 71k Shares di Facebook, Ini 5 Resepi Air Warna Warni Buat Penyejuk Tekak di Bulan Ramadan!