Korang mungkin pernah dengar nama Vibranium, satu bahan yang dikatakan lebih kuat dari logam dari negara fiksyen Wakanda dalam siri Marvel kan. Kalau min cakap Malaysia bakal bangunkan bahan yang lebih kurang macam Vibranium tu korang percaya tak?
Haa.. sebenarnya negara kita bakal jadi macam Wakanda dalam cerita Black Panther tu dengan penghasilan Graphene. Korang boleh terus baca untuk tahu apa itu Graphene.
Untuk pengenalan, graphene dihasilkan menggunakan sisa isi kelapa sawit dan adalah satu karbon setebal atom yang tersusun dalam bentuk heksagon. Graphene dianggap satu bahan ajaib kerana pelbagai ciri menarik yang dimilikinya.
Antara ciri graphene adalah, kalis api, 200 kali ganda lebih kuat berbanding logam, sangat ringan, konduktor haba yang baik dan boleh digunakan untuk pelbagai industri.
Graphene mula ditemui oleh saintis dari University of Manchester pada tahun 2004 oleh Andre Geim dan Kostya Novoselov. Hasil penemuan menakjubkan mereka, kedua-dua saintis ini telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang Sains.
Dengan hamparan ladang kelapa sawit di beberapa negeri di Malaysia, kita akan membangunkan bahan ini dalam skala yang besar bagi memenuhi kehendak pasaran dunia. 60 tan graphene boleh dihasilkan dalam masa setahun dengan menggunakan 30,000 tan sisa isi kelapa sawit.
Siapa sangka sisa kelapa sawit yang banyak di Malaysia boleh menghasilakan bahan yang kuat dari logam kan. Harap dengan penemuan dan usaha untuk bangunkan bahan ini secara besar-besaran di Malaysia mampu membantu ekonomi setempat.
Sumber: Richard Kerr
Baca: “Penat lelah orang menyawit” – Lelaki Selamba Rembat 2 Tandan Sawit Naik Motor