in

“Penat lelah orang menyawit” – [VIDEO] Lelaki Selamba Rembat 2 Tandan Sawit Naik Motor

Curi Tandan Sawit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenaikan harga komoditi sawit tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya amat memberangsangkan dan dijangka memberi kesan positif kepada para pekebun kelapa sawit serta pelabur. Malah, limpahan ekonominya juga bakal memberi manfaat terhadap sektor-sektor bisnes lain yang berkaitan.


Walau bagaimanapun, berita baik ini menjadikan sesetengah orang mengambil kesempatan untuk mencuri hasil sawit yang dilaporkan semakin menjadi-jadi di seluruh negara hingga mengakibatkan pengusaha kerugian besar.

Rembat 2 tandan sawit waktu siang naik motor

Kes kecurian sawit ini bukan sahaja aktif dilakukan pada waktu malam tapi ada juga individu yang berani melakukannya pada waktu siang seperti yang tular baru-baru ini di TikTok seorang lelaki @abangbajak00.

@abangbajak00

penat lelah orang nyawit ko rembat gitu je eak?

♬ original sound – RENTSUZ EDITZ – RENTSUZ EDITZ

Nombor plat pendaftaran ditanggalkan, elak dikesan

Sawit2

Dalam video tersebut, si perakam sempat merakamkan detik seorang lelaki mengangkut 2 tandan sawit yang berlonggok di tepi jalan sebelum laju meninggalkan tempat kejadian. Nombor plat pendaftaran pada motosikalnya juga sudah ditanggalkan, mungkin untuk mengelakkan daripada dikesan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata yang walaupun lelaki tersebut berkemungkinan hidup susah, perbuatan mencuri tak patut dilakukan kerana hasilnya tidak berkat.  Ada juga yang melahirkan rasa simpati terhadap pekebun sawit yang penat lelah mencari rezeki.

“Sawit mahal sekarang..tu yang dia sanggup curi tu” – Komen netizen

Komen Sawit

Walau apa pun alasan yang diberi, jangan sesekali mencuri tau! Sentiasa usaha cari rezeki halal!

Baca: “Pergi blah dengan kau punya halal” – Wanita Maki Hamun, Kantoi Curi Makanan Order Delivery”

Bawah 12

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.