in

[VIDEO] Pakai Mask & Hand Sanitizer Sebelum Merompak Kedai Emas, Kumpulan Perompak Ini Tarik Perhatian Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, semua orang digalakkan mengamalkan norma baru seperti memakai pelitup muka atau facemask ketika keluar dan kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer. Keadaan ekonomi yang turut terkesan dengan pandemik ini juga secara tidak langsung menberikan impak kepada penduduk dunia dan menyebabkan susah untuk mencari sumber pendapatan.


Tular di media sosial ketika pandemik masih melanda dunia dimana sekumpulan lelaki yang patuh kepada SOP seperti memakai facemask dan menggunakan hand sanitizer merompak sebuah kedai emas. Kejadian dilaporkan berlaku di India. Korang boleh tengok video @alok_pandey kat bawah ni.

 

Jangan sebarkan virus

Mula-mula tengok video ni, admin nak puji dah orang yang ikut SOP ni. Tapi lepas tu dia merompak tu terus admin rasa geram. Kalau kat Malaysia tu susah gak lah sebab kena scan QR Code atau tulis nama sebelum masuk mana-mana kedai kan.

Mungkin ini pengajaran yang kita boleh ambil dari kejadian dalam video ni. SOP kena patuh, virus ni tak kenal orang buat jahat ke buat baik. Dia kalau nak masuk dalam badan, dia masuk je.

Mungkin dengan patuhi SOP,  dorang tak sebarkan virus. Bagus gak pakai facemask tu, tapi pegi merompak pulak… hmmm.

Yes betul! Pakai facemask dan cuci tangan. Bersama kita boleh lawan Covid-19. Tapi jenayah pun kita kena banteras gak tau. 

 

Baca: “Musim PKP memang ramai yang terdesak” –  Kedai Emas Sajat Alami Kecurian, Lelaki Berkopiah Ni Kini Diburu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.