“Mayat pun nak curi ke” – Misteri! Mayat Pesakit COVID-19 Dilaporkan ‘Hilang’ Dari Kubur Di Indonesia

Jadikan sumber pilihan di Google
“Mayat pun nak curi ke” – Misteri! Mayat Pesakit COVID-19 Dilaporkan ‘Hilang’ Dari Kubur Di Indonesia

Sumber: Gambar Hiasan

Jenazah seorang pesakit COVID-19 di Nusa Tenggara Timur, Indonesia dilaporkan hilang dari kubur pada 30 Mei lalu.

Menerusi laporan Tribun Mataram, mayat itu telah dikebumikan di sebuah tanah perkuburan khas di Desa Tanjung Boleng, Mukim Komodo.


Difahamkan tanah perkuburan khas ini untuk jenazah Pesakit Dalam Pengawasan (PDP).

Pada hari pengebumiannya terdapat tiga lagi mayat yang meninggal akibat COVID-19 yang diletakkan di lokasi sama. Cuma yang menjadi tanda tanya, mayat yang lain dalam keadaan baik, bagaimana satu boleh hilang?

Culik1Sumber: Tribun Mataram

 

Mayat Dicuri

Setiausaha Harian Wilayah Kabupaten Manggarai Barat, Ismail Surdi berkata, pada 8 Jun lalu mereka mendakwa mayat itu telah dicuri bagaimanapun pihaknya belum dapat mengenalpasti siapa yang menggali kubur tersebut.

Sekarang ini kami sedang siasat bila dia diambil, siapa yang ambil dan di mana dia berada sekarang. Nanti hasilnya akan kami kongsikan,” – Ismail Surdi

Sebelum ini terdapat juga kes penculikan mayat pesakit COVID-19 di Hospital Stellamaris, Makassar.

Menurut laporan kira-kira 150 individu menyerbu masuk ke hospital itu dan membawa lari seorang jenazah COVID-19 dengan menggunakan tandu sejauh 500 meter.

Kumpulan itu dikatakan berjaya melanggar sekatan pihak polis dan askar. Ini kerana bilangan anggota berkuasa ketika itu lebih sedikit dari kumpulan berkenaan.

Walaubagaimanapun, wabak ini masih belum menunjukkan penurunan di negara itu, malah di beberapa daerah bilangan angka kematian masih bertambah.

Menerusi Worldometer, Indonesia telah mencatatkan bilangan kes keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 34,316, dan jumlah kes kematian sebanyak 1,959 orang.

 

Baca:Penduduk Yang Ingkar Social Distancing Di Indonesia Dihukum Kebumikan Mayat Covid-19!

Annotation 2020 06 11 133006

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Hafizul MohdNoor
Semua tulisan Hafizul

Rasa ingin tahu saya adalah hadiah dan laknat. Ia membuatkan saya berasa pening sehingga saya tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Mayat pun nak curi ke” – Misteri! Mayat Pesakit COVID-19 Dilaporkan ‘Hilang’ Dari Kubur Di Indonesia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mayat-pun-nak-curi-ke-misteri-mayat-pesakit-covid-19-dilaporkan-hilang-dari-kubur-di-indonesia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen