“Mata satu gigi tajam..Aku syak keluarga syaitan ni.” – Animasi Si Nopal Merosakkan Akidah?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau kita perasan setiap kali terjadinya satu fenomena di media sosial pasti akan mula timbul kontroversi, agenda yahudi lah sembah iblis lah dan macam-macam lagi lah.

Terbaru, animasi Si Nopal pula, biarpun sebelum ini isu salah tafsir PU Azman menyifatkan Bahenol itu membawa maksud lucah telah selesai, kali ini muncul pula isu baru apabila ada netizen mendakwa animasi yang sedang trending ni merosakkan akidah.

 

“Maknya mata satu, gigi tajam…Aku syak keluarga syaitan ni”

Sumber : Facebook

Menurut Hanna Adam, animasi ini ada mesej tersirat disebalik hiburan yang disajikan untuk tontonan umum.

Sejak ia mula di bahaskan, pos ini telah meraih lebih daripada 16,000 perkongsian di Facebook. Dia syak kartun ini nak merosakkan akidah anak-anak muda.

“Anak lelaki atas bahu bapak, buat gaya sembah setan.
Anak perempuan muka bontot sebab “Bahenol (pompuan seksi/montok)”.. 
Maknye mata satu, gigi tajam.
Bapak pakai bju mcm pmpuan, siap gelang mutiara.

AKU SYAK KELUARGA SYAITAN NI.

Halus jee yee nak rosak kan akidah manusia. Lagi-lagi anak-anak kite.”

Biasalah setiap individu ada minat yang berbeza, ada yang suka ada yang tak suka, dalam perkongsian ini kebanyakan netizen di Facebook merasakan animasi Si Nopal ini hanya menjengkelkan.

 

“Bahaya budak-budak ni mengikut je” – netizen

Hrmm, lepas satu, satu masalah timbul. Apa pendapat korang?

 

Baca  : Saya kurang teliti&” – Dakwa Ayat Bahenol Bawa Maksud Lucah, PU Azman Mohon Maaf & Perjelas Konteks Sebenar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?