in

MATA Cadang Hukuman Penjara Kepada ‘Scammer’ Pakej Haji

MATA scam visa haji 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes penipuan jemaah haji oleh agensi pelancongan dicadangkan agar dijadikan satu jenayah berat dengan hukuman penjara agar perkara tersebut dapat dibanteras menurut cadangan yang diberikan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA).

Menurut Presiden Matta, Mohd Khalid Harun, berkata bagi mengelakkan perkara sedemikian (ditipu) berlaku, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak Mata sekiranya terdapat sebarang keraguan.


Tambahnya lagi, bakal jemaah seharusnya mesti mempunyai visa haji bagi menunaikan ibadat tersebut selain memohon untuk penjelasan bukti sebelum memberikan sebarang dokumen seperti pasport kepada pihak agensi pelancongan.

Umrah KLIA FB

Selain itu, Khalid turut mengingatkan supaya bakal jemaah tidak membuat pembayaran selagi tidak ada jaminan penerbangan.

Agensi pelancongan juga turut diingatkan agar tidak memperdagangkan visa haji yang telah dianugerahkan kepada mereka sesuka hati selain mengenakan caj perkhidmatan yang berpatutan.

“Pastikan agensi pelancongan sudah terima tawaran (visa haji) yang diamanahkan baru mengundang jemaah haji”  

Pada 7 Julai terdahulu, Bernama melaporkan sejumlah 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

BHTIPUHAJI10 O BHfield image socialmedia

Mereka dipercayai menggunakan visa furada iaitu visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Sebelum ini, TH telah memberi peringatan kepada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang tawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Baca : Bayaran Cecah RM 40K & Pemegang Pasport ‘Ghaib’, 380 Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Untitled design 2022 07 08T104818.946

Sumber: FMT
Sumber: BH Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.