Rasanya isu melibatkan si meow ni tak pernah kering, ada sahaja kekejaman yang dilakukan ke atas kucing.
Sebelum ni viral pasal kucing dimasukkan dalam mesin basuh sehingga pelaku akhirnya berjaya ditangkap, namun kisah yang terbaru ini lebih kejam.
Mengikut posting yang dikongsikan AF Fiahmn di facebook, dia berkata ada individu tak bertanggungjawab yang memasukkan pil (ubat) dalam makanan kucing terbiar di kawasan perumahannya.
“Sebelom ni makanan disepak masuk dalam longkang… kalini dia jumpa dia ni pulak…kejamnya lahai…”
Aku ada sorang kawan kat ujong pasir… Dia chinese… dia n mak dia bagi kucing gelandangan makan kat kawasan rumah…
Posted by AF Fiahmn on Friday, January 17, 2020
Bagaimanapun tak diketahui sebab pelaku melakukan perkara sebegini.
Rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan individu tak bertanggungjawab tersebut dan disifatkan sebagai melampau dan tak berperikemanusiaan.
Ada netizen yang bertanya kenapa tidak melaporkan kejadian untuk kepada pihak berkuasa, tapi ini jawapan AF Fiahmn.
Ada yang tanya kenapa tak report pasal makanan kucing ada ubat2an tu…*KALAULAH TAU SAPE YANG BUAT, MEMANGLAH…
Posted by AF Fiahmn on Saturday, January 18, 2020