in

“Masih lagi mencabar tuhan?” – Netizen ‘Bitter’ Bila Wanita Ini Kata Ribut Kencang Di Putajaya Sebab LGBT?

Lgbt4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak sepanjang waktu hujung minggu semalam hujan ribut lain macam? Mungkin ia disebabkan perubahan iklim di negara kita.


Tapi pada waktu pagi sebelum ribut kencang itu melanda, terdapat satu isu timbul di mana perarakan yang sepatutnya memperjuangkan hak wanita tapi dicemari dengan perhimpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender  (LGBT) secara haram di ibu negara.

Disebabkan itu, pengguna Twitter ini cuba beri peringatan kepada kita semua apabila melihat keadaan ribut kencang di Putrajaya sangat membimbangkan.

 

Orang masih lagi mencabar tuhan? buat perhimpunan LGBT secara public, hebatnya 

https://twitter.com/sjnnhw/status/1104560082388377600

Video yang dimuatnaik semalam (Ahad) meraih lebih daripada 4,000 retweet dan sekaligus mencetuskan perbahalan antara netizen.

Suasana ribut di Putrajaya ini sememangnya membimbangkan penduduk setempat, angin kencang, hujan lebat, sehingga banyak barang melayang. Adakah ini hujan rahmat atau satu bala?

“Keadaan kat putrajaya semalam ribut kuat tiba tiba & korang masih lagi mencabar tuhan? buat perhimpunan LGBT secara public, hebatnya”

 

Habis semua terbang, basikal ke ampaian ke taktahu la korang mungkin tak takut dengan laknat Allah”

https://twitter.com/sjnnhw/status/1104560543849803776

Netizen mengecam kenyataan wanita ini kerana kaitkan perubahan iklim dengan perhimpunan LGBT secara terbuka itu.

“Bala turun Allah tak pilih siapa tau, kalau rasa hebat cabar lah tuhan buatlah lupa diri. Bala tu sekali datang semua benda Allah tarik, mak ayah, keluarga, harta segala gala sbb semua benda dlm dunia pinjaman sahaja.”

Mereka anggap bahawa wanita ini tidak faham ilmu sains, malah ada juga yang mempertikaikan kenyataannya itu kerana hanya tujukan pada LGBT tapi bukan pada maksiat-maksiat lain.

 

Perubahan iklim nak kaitkan dengan LGBT? U ni bodoh ke bangang? – Netizen

Sainslgbt Sainslgbt2 Sainslgbt3 Sainslgbt4 Sainslgbt5 Sainslgbt6 Sainslgbt7 Sainslgbt8 Sainslgbt9

Dalam masa yang sama ada juga yang membela dengan kenyataan ini, menurut mereka biarpun ia berdasarkan teori sains, ia juga datang daripada Tuhan.

 

“Sains pun ilmu dari Allah bro. Semua benda ni Allah yang tentukan. Ke sains sendiri tentukan?”

Sainslgbt10 Sainslgbt11 Sainslgbt12

Hurm tak dinafikan sains itu datang daripada tuhan, namun begitu apa yang cuba disampaikan itu lain. Kadang-kadang hujan ini jadi rahmat, sebab sebelum ini kan panas terik.

Namun begitu, apa yang terjadi ini mungkin sebagai tanda peringatan kepada kita semua. Cuma, usahlah kita terlalu jatuh hukum tujukan sesuatu bencana itu hanya disebabkan dosa. Secara logiknya memang perubahan iklim akan berlaku.

 

Baca : LGBT Tidak Diterima di Malaysia – Tun M

Tunm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.