LGBT Tidak Diterima di Malaysia – Tun M

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya sekarang ni makin rancak pasal hak asasi LGBT ni. Walaupun beberapa negara lain dah mula menerima amalan mereka tapi Malaysia menolak amalan ni.

Menurut Astro Awani, di dalam sidang media yang dijalankan hari ni, Kerajaan Pusat bertegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara Malaysia.

Gambar hiasan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak termasuk anak angkat.

Sumber: Projek MM

Tun M membangkitkan isu ni susulan permintaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya kerajaan mengiktiraf golongan berkenaan di negara ni.

“Kita kena ingatkan SUHAKAM, sistem nilai kita tak sama dengan sistem nilai barat. Mereka lebih bebas.

“Tetapi di Malaysia ada perkara tertentu yang kita tak boleh terima, walaupun sekarang boleh dianggap sebagai hak asasi manusia di barat.

“Kita tak boleh terima LGBT, perkahwinan antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan. Dan konsep kekeluargaan kita tetap sama, iaitu pasangan lelaki dan wanita, serta anak-anak, termasuk anak angkat.”

Sumber: IBT

Dalam Islam memang tak benarkan LGBT ni… Baguslah Malaysia tak ‘menghalalkan’ amalan ni.

Baca: LGBT, pelacur layak terima zakat Al-Riqab di Selangor – Mufti

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.