in

Masalah Kewangan di Korea Selatan Jadi Punca Pelarian Korea Utara Kembali Negara Asalnya

1Ku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian pelik telah berlaku di antara Korea Selatan dan negara jirannya Korea Utara baru-baru ini. Dalam kejadian itu, seorang pelarian yang berasal dari Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan telah kembali semula ke Korea Utara akibat tekanan kewangan.



Screenshot 2022 01 09 At 10.44.06 Am

Memetik laporan The Guardian, pihak tentera Korea Selatan telah mengenalpasti pelarian yang menyeberangi negara itu kira-kira setahun yang lalu. Kepulangan pelarian itu mencetuskan tanda tanya sama ada pelarian yang berjaya masuk ke Korea Selatan diberikan bantuan yang mencukupi untuk memulakan hidup baharu di Korea Utara.

Screenshot 2022 01 09 At 10.47.35 Am

Laporan lain dari Yonhap News juga mengatakan pelarian yang kembali ke Korea Utara itu bukan seorang perisik yang dihantar oleh negera diktator tersebut. Namun, penyiasatan mengenai bagaimana pelarian itu boleh melepasi sekatan tentera yang ketat masih dijalankan.

Ketika di Korea Selatan, pelarian itu diberikan sokongan dari segi keselamatan, tempat tinggal, bantuan perubatan dan pekerjaan. Pelarian yang menjalani kehidupan normal itu walau bagaimanapun hanya bergaul secara minimal dengan jiran-jirannya. Mereka mengatakan pelarian itu membuang katil dan tilamnya sehari sebelum kembali ke Korea Utara.

Screenshot 2022 01 09 At 10.47.16 Am

Ketika artikel ini ditulis, pihak Korea Utara masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kepulangan pelarian itu ke negara asalnya.

Sumber: The Guardian, Yonhap News

Baca: “Tak pernah berlaku” – Ceroboh Masuk Sempadan Warga Korea Selatan Kini Diburu Tentera Korea Utara

Screenshot 2022 01 09 At 10.45.01 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.