in

“Tak pernah berlaku” – Ceroboh Masuk Sempadan, Warga Korea Selatan Kini Diburu Tentera Korea Utara

3Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga Korea Selatan telah dipercayai menceroboh masuk sempadan negara jiran, Korea Utara. Menurut sumber dari Reuters, kejadian pada Sabtu itu telah disahkan oleh Tentera Korea Selatan.


Screenshot 2022 01 02 At 2.34.28 PmKetua Angkatan Bersekutu (JCS) memaklumkan kepada sumber, usaha pencarian sedang giat dijalankan selepas mereka mengenalpasti penceroboh yang melepasi sempadan pada 9.20 malam waktu tempatan di Demilitarised Zone (DMZ) yang memisahkan dua negara Korea itu.

Screenshot 2022 01 02 At 2.35.06 Pm

Kita telah sahkan ada penceroboh yang melepasi sempadan DMZ pada 10.40 malam. Penceroboh itu telah menuju ke arah (Korea) Utara” – Ketua Angkatan Bersekutu

Walaubagaimanapun status penceroboh itu masih belum dapat dipastikan. Namun, pihak Tentera Korea Selatan telah memaklumkan Tentera Korea Utara mengenai kejadian itu menerusi talian tentera untuk mendapatkan perlindungan dan suaka dari mereka.

Screenshot 2022 01 02 At 2.35.38 Pm

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada respon balas dari pihak Tentera Korea Utara mengenai keselamatan penceroboh itu.

 

Baca: Empat Remaja Korea Utara Kena Jadi Buruh Paksa Selama 10-12 Tahun Lepas Kantoi Tengok  K-Drama, Penthouse

Screenshot 2022 01 02 At 2.31.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.