“Masa tu baru 19 tahun” – Viral Gambar Cikgu Cantik Berkebaya Tahun 1960an, Ini Rupanya Kisah Sebenar…

Jadikan sumber pilihan di Google
“Masa tu baru 19 tahun” – Viral Gambar Cikgu Cantik Berkebaya Tahun 1960an, Ini Rupanya Kisah Sebenar…

Baru-baru ini viral di Twitter gambar tahun 1960an yang menunjukkan sekumpulan guru cantik berkebaya dan berkasut tinggi bersama beg masing-masing. Difahamkan, gambar itu dirakam ketika pendaftaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.

Gambar tersebut mendapat lebih 11,000 retweets dan ramai netizen terpegun melihat gambar itu yang mengimbau kenangan zaman dulu kala. Ramai juga yang memuji badan mereka yang langsing dan gaya mereka yang chic and classy.


https://twitter.com/Haziq_Escobar/status/1270343244841271296

 

Tunggu di perhentian bas, tak sangka dapat perhatian jurugambar

Salah seorang guru di dalam gambar itu, Datin Zainoriah Abdul Rahim, 79, terkejut gambarnya dan rakan-rakan menjadi viral dan menceritakan kisah sebenar ketika gambar tersebut diambil. Ketika itu Zainoriah baru berusia 19 tahun dan empat orag rakannya itu adalah Sapiah Termizi, Ijtima’ayah Ibrahim, Ainon Lajin dan Zaiton Jabbar.

Itu gambar saya tengah tunggu bas nak ke rumah ibu saudara di Kuala Lumpur. Rasa tak percaya sebab itu peristiwa 60 tahun lepas.”

Kami dapat cuti Raya Haji dan ketika berada di perhentian bas, masing-masing sedang menunggu dijemput saudara. Esok paginya terpampang gambar di surat khabar Berita Harian.”

Kami semua terkejut dan satu kolej bising, maklumlah dapat publisiti.”

Cikgu3Sumber: Gempak

 

Normal cikgu berkebaya pada zaman dulu

Katanya yang kini menetap di Taman Tun Dr Ismail bersama keluarga, pakaian sebegitu memang tidak asing pada awal kariernya sebagai pendidik.

Wanita dahulu pandai jaga makan, tak ada makanan segera seperti sekarang sebab itulah boleh berfesyen dengan yakin.”

Ketika dahulu, tidak ada isu pakaian cikgu seksi pun dan berkebaya tak pernah mengundang cakap-cakap liar atau isu sensual.”

Tak salah pun cikgu pakai baju kebaya ke sekolah tetapi mesti disesuaikan dengan norma semasa dan sekarang pun ramai guru yang sudah bertudung.”

Cikgu1Sumber: Gempak

Zainoriah juga berkata guru zaman sekarang perlulah bijak untuk sesuaikan diri dengan senario semasa apatah lagi ditambah pula perkembangan teknologi. Jadi, menurutnya kelas dalam talian memang relevan kerana tanpa berbuat sedemikian para pelajar akan tidak mengambil berat tentang kerja sekolah.

Baca: “Orang dulu pinggang macam kerengga” – Gambar Klasik Guru-guru Wanita Zaman 60-an Raih Perhatian Netizen

Collage 17

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Masa tu baru 19 tahun” – Viral Gambar Cikgu Cantik Berkebaya Tahun 1960an, Ini Rupanya Kisah Sebenar…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/masa-tu-baru-19-tahun-viral-gambar-cikgu-cantik-berkebaya-tahun-1960an-ini-rupanya-kisah-sebenar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen