in

“Pergi tenangkan fikiran” – Restoran Tutup Seminggu Lepas Chef ‘Putus Cinta’, Rupanya…

f1 ktt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuti rehat memang diperlukan oleh setiap orang yang dah bekerja. Kalau pelajar ada cuti semester dan cuti sekolah, orang bekerja pun kena ada cuti juga untuk rehatkan badan dan minda.

Namun, jarang pula kita dengar orang cuti sebab putus cinta kan. Itulah yang terjadi kepada seorang tukang masak di sebuah restoran di Singapura ini.


Menurut Mothership.sg, gerai makanan laut Bro’s BBQ di Jurong ini telah ditutup selama seminggu kerana cefnya dikatakan putus cinta.

ktt 2

Notis penutupan gerai makan itu telah diletakkan di depan premis perniagaan tersebut untuk memberitahu pelanggan yang mahu makan di situ sepanjang tempoh berkenaan.

Notis itu berbunyi seperti ini setelah diterjemah,

Cef kami dah hilang rasa cinta. Dia mahu tenangkan fikiran di tepi laut. Kami akan berehat selama seminggu dari 7 April hingga 13 April. Jangan risau, cef kami tidak akan terjun laut,” 

Gambar notis berkenaan kemudiannya telah dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook iaitu Sky Qiang.

Namun, setelah didedahkan oleh akhbar Sin Chew Daily, notis tersebut rupa-rupanya hanyalah jenaka oleh tuan empunya gerai berkenaan yang dikenali sebagai Ye.

ktt 3

Apa yang sebenarnya berlaku ialah cef tersebut perlu ditukarkan sementara ke cawangan mereka yang lain di negara itu kerana tak cukup staf.

Ini kerana pada tempoh berkenaan, ramai staf mereka iaitu orang Malaysia kembali ke tanah air seketika untuk bertemu keluarga setelah lama tak boleh balik akibat COVID-19.

La, gurau je ke sebenarnya? Tak jadi la min nak kesian dekat chef tu. Apa-apa pun, putus cinta ni tetap sakit tau. 

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Bercinta tidak tiba-tiba nikah”- [VIDEO] Wanita Kahwin Dengan Bos Sendiri Lepas Selalu Buat ‘Content’ TikTok 

ktt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.