in

Warga Rusia Dedah Cara Ceroboh Menara 118, Siap Menyamar Pakai Tudung & Baju Pekerja Bangunan

Angela Wanita Rusia Ceroboh Menara 118

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, tular di media sosial berkenaan pasangan dari Rusia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau memuat naik gambar yang menunjukkan mereka sedang berdiri di puncak menara Merdeka 118.


Gambar tersebut mengundang perhatian netizen yang mana mempersoal tentang isu keselamatan serta bagaimana pasangan tersebut boleh memanjat bangunan itu dan melakukan lagak ngeri berkenaan.

Wanita dedah bagaimana ceroboh Merdeka 118 

Namun semalam, Angela Nikolau menerusi Twitter telah mendedahkan perjalanan dari awal bagaimana dia menceroboh Merdeka 118 tanpa disedari mana-mana pihak.

Saya mengakui jatuh cinta terhadap menara Merdeka 118 sebaik melihatnya dan merasakan suatu hubungan secara spiritual,” katanya.

Tambah Angela, misinya bermula dengan menyewa sebuah apartmen yang mempunyai pemandangan menara tersebut yang bagus supaya dia dapat melakukan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan berkenaan sebelum memasukinya.

Menyamar pakai tudung, cermin mata dan baju pekerja bangunan 

Pada hari ‘pencerobohan’ tersebut, Angela mendakwa melakukan penyamaran dengan memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak diketahui.

Saya berlari ke 32 tingkat pertama dan berada dalam keadaan terlalu panas. 

“Saya terpaksa berbaring di atas lantai konkrit dalam keadaan tidak berpakaian untuk menyejukkan diri dan minum semua air yang ada,” katanya.

Namun misinya berdepan detik cemas apabila telah dikesan ketika sedang berehat. Dia kemudian menjumpai tempat berlindung di dalam kotak konkrit kecil dan menyorok di dalamnya selama 20 jam.

Di dalam kotak itu, Angela tidak mampu meregangkan kaki, tidak mempunyai sebarang makanan dan air serta tidak boleh tidur yang mana situasi ini berlanjutan hingga 25 jam.

Saya tidak dapat meregangkan kaki dan seluruh badan jadi kaku dan sakit. Saya tidak boleh menangis pun kerana pekerja berada berhampiran. 

“Mereka boleh mendengar tangisan saya dan serahkan saya kepada pihak keselamatan. Ia adalah masa paling teruk dalam hidup saya,” katanya.

Floucrlwyaefn7N

“Nasib baik pekerja di situ berehat, saya boleh keluar berlari ke puncak menara!” 

Selepas tiga jam kemudian, dia membuat keputusan untuk meneruskan misi itu walaupun dalam keadaan yang sukar.

Jika saya tak mula bergerak, saya akan terlalu lemah untuk menyelesaikan misi ini. 

“Saya perlu kuatkan diri dan mula melakukan sesuatu. Nasib baik pekerja di situ berehat dan saya boleh keluar dan berlari ke puncak menara!” katanya.

Angela kemudian telah memanjat menara itu setinggi 53 tingkat dengan memakai beg galas 15 kg.

Meskipun tangan dan kakinya mula merasa kebas, semangatnya mula meningkat apabila melihat pemandangan indah menara tersebut.

Ia musim hujan jadi saya jangkakan keadaan awan dan landskap agak kelabu. Sebaliknya saya melihat sinaran matahari dan kecantikan luar biasa. 

“Ia adalah keajaiban peribadi saya. Saya berasa terjaga dan bertenaga semula. Semuanya berbaloi!” ujarnya bangga.

Perkongsian Angela walau bagaimanapun telah mendapat kritikan hebat netizen yang mana rata-rata merasakan jalan cerita itu seperti ada yang tidak kena kerana tidak menceritakan kehadiran Ivan yang turut berada di sana.

Malah ada netizen juga mempersoalkan pendedahan Angela seolah-olah dia bangga melakukan ‘jenayah’ menceroboh bangunan di negara orang lain.

Pun begitu, Angela sempat menjelaskan di hujung tweet yang dia menghormati undang-undang di semua negara. Walau bagaimanapun semasa melakukan ‘pencerobohan’ itu, dia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak merosakkan keadaan sekeliling.

Tujuannya melakukan lagak ngeri itu hanyalah untuk mencipta memori penuh berseni di bangunan tertinggi dunia.

Apa-apapun admin berharap pihak berwajib ambillah tindakan sewajarnya terhadap individu ini. Kalau jadi apa-apa bahaya juga kan? 

Baca: “Mana security?” – Pasangan Russia Bergambar Di Puncak Merdeka 118 Cetus Tanda Tanya Netizen

Merdeka 118

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.