in

“Masa kecik mmg guna kaedah ni, helok jekk” – Bantuan ‘Pampers’ Terhad, Pelakon Cadang Ibu Bapa Guna Kain Lampin

Guna Lampin Bukan Pampers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik COVID 19, ramai di kalangan ibu bapa mengeluh tidak mampu membeli keperluan anak-anak mereka termasuklah lampin pakai buang atau ‘pampers’.



Oleh itu, pelakon Balkisyh Semundur Khan yang terkenal dalam drama bersiri Mak Cun ini mencadangkan supaya ibu bapa tidak lagi bergantung dengan ‘pampers’ dan kembali kepada cara lama iaitu menggunakan kain lampin.

Bal

Menerusi perkongsiannya di Instagram, tak salah kalau para ibu bapa menggunakan cara ini kerana pada suatu masa dulu, semasa kita masih kecil juga ibu bapa kita menggunakan cara yang sama.

Malah perkara ini amat menjimatkan serta dapat mengatasi masalah permintaan bantuan pampers yang terlalu banyak buat sementara waktu.

Pampers Balkisyh

“Saya dapat maklumat terlalu ramai yang perlukan pampers untuk anak-anak mereka sejak saya upload di IG baru-baru ini.. saya dah berbincang dan berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO. Alhamdulillah ada di antara mereka yang telah dibantu.

“Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan pampers ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yang memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yang dah terputus bekalan makanan dan barangan asas. Jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas dan makanan.

“Bagi menjamin keperluan anak-anak, saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin,” katanya.

 

“Memang zaman sekarang ianya dianggap remeh dan kotor tapi…”

Tambahnya lagi, mungkin pada zaman sekarang kaedah menggunakan kain napkin ini dilihat kotor tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan.

Memang zaman sdkarang ianya dianggap remeh dan kotor tapi masa kecik saya pon guna napkin nie. Saya berasal daripada keluarga yang susah dan adik-adik saya hingga yang bongsu pon guna napkin nie. 

“Pada saya kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih dan pendapatan dah stabil nanti boleh guna pampers balik..Kalau tanya pada En. Google pelbagai teknik yang ada diajar dalam tu.

“Orang zaman dulu atau tahun 90-an ke bawah termasuk saya nie masa kecik memang guna kaedah nie dan alhamdulillah kami helok jekk. Semua orang tengah tenat sekarang. Buat masa nie kita kena ubah cara hidup kita yg tak sama dengan khidupan sebelom ini,” katanya lagi.

Ikea Baby Napkinmuslinkain Lam 1614069783 D2486Caf Progressive

Posting Balkisyh telah mendapat sokongan daripada para netizen yang setuju dengan cadangannya itu. Malah ramai juga mengakui pernah gunakan kain lampin pada masa dulu dek kerana mengalami masalah kewangan.

Komen 2

Dalam keadaan yang sukar ni, nampaknya kita perlu berkorban dan guna cara lama untuk menjimatkan wang yang digunakan. 

Baca: “Sotong besar 3kg, daging 3kg” – Wanita Kesal Sikap Penerima Bantuan ‘Tak Tahu Malu’, Siap Bagi List Barang Dimahukan

Fi Bantuan

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.