in

“Sotong besar 3kg, daging 3kg” – Wanita Kesal Sikap Penerima Bantuan ‘Tak Tahu Malu’, Siap Bagi List Barang Dimahukan

Fi Bantuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika musim pandemik ni, ternyata menyukarkan kita untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. ramai yang kehilangan pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.


Jadinya, ramai yang terpaksa meminta bantuan daripada pihak-pihak tertentu untuk memberi barangan keperluan kepada mereka. Namun, ada juga individu yang tak bertanggungjawab meminta bantuan seperti kisah ini.

 

Daging 3kg, sotong besar 1kg

Melalui perkongsian oleh seorang wanita dikenali Iesya Teoh di laman Facebooknya ini, dia ada  menunjukkan sikap ‘tak bersyukur’ seorang penerima bantuan.

Menerusi screenshot dikongsikan, terlihat ada seorang individu meminta bantuan dengan cara yang agak kurang menyenangkan. Apa yang lebih tak sedap dilihat, dia siap senaraikan barang-barang bantuan diperlukan. Macam beli barang dekat pasar dibuatnya.

Bukan saja barangan kering seperti yang selalu diberi, malah individu tersebut siap bagi senarai barang basah diperlukan. Tak cukup dengan itu, dia turut beri anggaran berapa banyak barangan tersebut diperlukan dan memohon untuk diberi jenama yang elok untuk beras serta pampers anaknya.

Bantuan 1 Edit

 

‘Total RM450″

Oleh kerana geram dengan kerenah individu tersebut, pihak yang ingin memberi bantuan itu sengaja bagi anggaran jumlah yang perlu dibayar oleh individu tersebut. Menurutnya, barangan-barangan dipinta tersebut akan dihantar setelah bayaran dilakukan.

Bantuan 2

Tambah Iesya lagi, dia pernah berhadapan situasi peminta bantuan memintanya untuk membelikan Tv. Bukan itu saja ada juga yang siap minta bayarkan bil tertunggak dan sewa rumah juga. Adoi macam ni pun ada ye.

“Sguh.. ada yg minta bantuan TV.. ada yg minta bantuan bil elektrik yg RM2000++ (tunggakkan), belum lagi yg minta Wang deposit sewa umah, RM2600….” tulisnya.

Kasihan betul dekat pihak yang nak beri bantuan ni. Harap semuanya masih kuat untuk bantu mereka memerlukan sewaktu pandemik ini.

 

Baca : [VIDEO] Kantoi! Aksi 3 Orang Individu ‘Tamak’ Ambil Makanan Di Food Bank, Undang Rasa Tidak Senang Netizen

Fi Fb

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.