in

Mas Idayu ‘Kunci’ Mulut, Tak Mahu Komen Persembahan Sissy Imann & Naim Daniel

Ft Mas Idayu Kunci Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan isu kritikan pedas yang diberikan kepada pasangan Famili, Duo Sissy Imann dan Naim Daniel oleh Juri Mas Idayu, tidak menjadi penghalang untuk pasangan duo itu memberikan persembahan yang hebat pada minggu ini.


Mas Idayu ‘kunci’ mulut?

Bagaimanapun, Mas Idayu sebagai juri tetap rancangan tersebut enggan memberi sebarang komen selepas mereka selesai mengadakan persembahan di minggu ketujuh program Famili Duo.

Pasangan sepupu itu hanya mendapat maklum balas daripada juri tetap, Ajai yang memuji persembahan mereka kerena berjaya menjiwai watak yang dibawa semasa menyanyikan lagu Pening nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn.

Screenshot 1

Manakala, Mas Idayu pula dilihat sibuk menulis sesuatu di atas kertas di mejanya tanpa memandang wajah Sissy dan Naim yang berada di atas pentas.

Walaupun Sean Lee selaku hos rancangan tersebut meminta penyanyi dangdut itu untuk memberikan komen mengenai persembahan mereka, Mas Idayu tetap tidak menghiraukannya.

Terdahulu, Mas Idayu kelihatan seperti merajuk ketika dia enggan memberi sebarang komen pada persembahan pembukaan daripada Siti Saerah dan Siti Saida.

0124Rsmas 1674547177

Namun selepas giliran Ayda dan Fyna Jebat, dia kembali membuka mulut selepas dipujuk dua beradik berkenaan.

Dalam pada itu, Mas Idayu turut memberitahu dia sebenarnya tidak kisah atau takut dicerca walaupun dihina sebaliknya bimbang apabila tidak mahu lagi memberi sebarang terguran.

“Mummy sebenarnya tak kisah, tak takut dicerca dan dihina oleh orang luar. Tak kisah sama sekali! Apa yang Mummy takut, Mummy hina dan cerca orang.”

“Mummy juga tak takut untuk marah, menegur, membentak awak di atas pentas itu. Yang Mummy takut ialah apabila Mummy tidak lagi mahu menegur,” katanya.

Korang rasa betul ke apa Mas Idayu tu buat?

Baca : “Entahlah!” – Naim Daniel Terkejut Gambar Tiada Dalam Poster Famili Duo

Naim Daniel Famili Duo 758X399 1

Sumber: Instagram
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.