Ramai di kalangan kita ternyata happy dan teruja bila dapat tahu Taman Tasik Titiwangsa yang telah ditutup sejak setahun lalu untuk dinaik taraf, akhirnya telah dibuka semalam (15 Disember 2019).
Namun keindahan taman tersebut tak bertahan lama selepas viral di Facebook, ia telah dirosakkan dan menjadi mangsa vandalisme oleh mereka yang tak bertanggungjawab! Whaaat??
“Baru lima jam dibuka… vandalisme di papan tanda”
Menerusi perkongsian Nor Fazlina Rosley, selepas baru 5 jam Taman Tasik Titiwangsa dibuka, terdapat unsur-unsur vandalisme di papan tanda taman tersebut.
Malah lebih menyedihkan, pengunjung seperti tak rasa bersalah langsung dengan membuang sampah merata-rata tempat walaupun tong sampah telah disediakan di tempat yang sepatutnya. Apa daaa!
Antara salah laku lain yang dilakukan pengunjung di Taman Tasik Titiwangsa:
- Menggunakan basikal melalui operator tidak berlesen
- Ada percubaan naik ke atas pejalan kaki menggunakan basikal tersebut.
Tengoklah video kat bawah. Terkejut min macam-macam perangai pengunjung ye!
https://www.facebook.com/noor.fazlina.rosley/videos/pcb.2825440427515901/2825439217516022/?type=3&theater
“Manusia berfikiran sampah masih ramai di Malaysia ni”
Rata-rata netizen yang melihat video ni mengecam tindakan pengunjung di Taman Tasik Titiwangsa yang tak reti menjaga fasiliti baru yang ada di situ.
Ramai berpendapat, pihak DBKL patut meletakkan pegawai mereka berkawal di tempat berkenaan dan menyaman mereka yang sesuka hati membuang sampah serta membuat vandalisme. Tak kurang juga yang bagi idea suruh letak CCTV supaya kesalahan mereka ni dirakam.
Korang rasa macam mana? Adakah rakyat Malaysia ni sejenis yang tak layak menerima fasiliti moden dan baru kerana mereka masih mempunyai mentaliti kelas ketiga? Haih malu min tengok perangai pengunjung di sana.