in

“Hah baling lagi kerusi tu, baling…” – Tular Video 3 Orang Pelajar Sekolah Musnahkan Harta Benda Sekolah

Feature Iamge Vandalism

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah tular mengenai seorang pelajar yang dibuli dan dipukul oleh beberapa individu lain. Namun pada akhirnya, pelajar berkenaan bangkit dan membalas kembali serangan yang dikenakan terhadapnya oleh pembuli berkenaan.


Namun, baru-baru ni tular pula video yang berdurasi 13 saat menunjukkan 3 orang pelajar lelaki yang berkopiah putih menghempas beberapa kerusi milik sekolah dalam sebuah bilik darjah.

Menurut laman Facebook Info Berita Semasa, kejadian ini berlaku pada hari terakhir persekolahan di mana pelajar-pelajar tersebut mengambil peluang untuk merosakkan harta benda sekolah iaitu kerusi.

Susah payah kutip derma nak beli peralatan sekolah,korang senang-senang  je jahanamkan”

Dalam video itu juga, kelihatan 3 orang pelajar lelaki yang asyik menghempas kerusi ke atas lantai sehingga pecah sambil dirakam oleh kawannya yang lain.

Lokasi kejadian juga masih belum disahkan, namun kalau mengikut loghat yang individu merakam itu gunakan adalah seperti loghat dari negeri pantai timur.

“Bijok kim bijok. Nampak kan sekolah bod*h semua.”

Video ini juga telah mengundang kemarahan netizen kerana menganggap budaya vandalism seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan mereka tidak menghargai harta benda sekolah yang menjadi keperluan asas kepada semua pelajar.

“Bila tak merasa beli pakai duit sendiri macam ni lah!”

Vandalisma
Sumber: facebook

 

Vandalisme 2
Sumber: facebook

Admin pun sebenarnya geram je tengok perangai budak-budak tu. Hurm kesian kerusi tu tak bersalah jadi mangsa!

 

Baca: “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Pembuli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.