in

Mangsa Minta Henti Dikritik Netizen, Tak Tahu Lelaki Meraba Hidap Autisme

Autistik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial akan penahanan seorang remaja autistik yang dikatakan telah meraba dada seorang perempuan. Kes ni dah dapat perhatian netizen yang sekaligus kecam mangsa kerana tak prihatin dan faham keadaan si pelaku yang hidap autisme.


41920165 1823016047766959 2005270696644575232 N
sumber: facebook 

Tak tahan jadi bahan kritikan netizen, ibu mangsa akhirnya tampil menjelaskan keadaan. Menurut Utusan Online, wanita yang dikenali sebagai Nur ni berkata, kejadian tu telah dimanipulasi sesetengah pihak hingga undang macam-macam reaksi netizen. 

“Kami hanya tahu suspek menghidap autisme ketika tiba di balai polis, namun ahli keluarganya terus menerus mengecam kononnya kami tidak prihatin dengan nasib anak mereka yang menghidap penyakit tersebut.

“Kami faham keadaan suspek, tapi apa yang berlaku bukanlah sesuatu mudah untuk diterima, ibu bapa tersebut biarkan anak mereka berkeliaran tanpa pengawasan,” katanya.

41506454 10156624594684603 5501232397502382080 N
sumber: facebook

Tambahnya lagi, mangsa yang jugak anak kedua daripada empat adik beradik sekarang trauma dan tak ceria macam dulu lagi.

Dalam pada tu, penahanan remaja autistik berumur 22 tahun ni jugak kata polis mengikut SOP dan ia bagi tujuan siasatan serta keadilan untuk kedua-dua belah pihak.

“Kami memberikan keutamaan berkaitan kes ini dan siasatan akan diselesaikan serta diputuskan dalam masa terdekat.

“Keputusan siasatan akan diambil berdasarkan kewajaran hak kepada mangsa dan tertuduh,” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Macam manapun, tindakan polis dan mangsa masih juga mendapat kritikan netizen kerana merasakan tak patut bagi seorang remaja yang mempunyai kapasiti mental budak 13 tahun terpaksa bermalam di lokap, tambah-tambah pulak pada hari jadinya akibat kejadian tu berlaku.

41738457 10156632379634603 4143328669546315776 N
sumber: facebook

Diharapkan kes ni dapat diselesaikan dengan baik. Semoga mangsa dan adik Ziqri mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Baca: “You think my brother is crazy?” – Luahan Seorang Kakak Budak Autistik

New Picture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.