in

“Covid lagi bahaya dari raksasa” – [VIDEO] Aksi Individu Pakai Kostum ‘Ultraman’ Masa Cucuk Vaksin, Jadi Tumpuan Warganet

Fi Ultraman Cucuk Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak peningkatan kes dengan secara mendadak, semestinya orang ramai mahukan mereka untuk dapat suntikan vaksin dengan lebih cepat supaya dapat melandaikan penularan wabak Covid-19 ini.



Selain itu juga, banyak cerita dan ragam yang kita dengar daripada mereka yang datang nak cucuk vaksin di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV). Ada yang datang pakai baju kelawar lah, kostum dinosaur, dan paling tak disangka-sangka, Ultraman pun cucuk vaksin dekat Malaysia.

 

Ultraman pun takut Covid

Sejak beberapa hari lalu, viral di media sosial apabila seorang individu yang ‘sangat terkenal’ di dunia ni datang untuk terima suntikan vaksin di sebuah hospital di Malaysia.

Aksi seorang individu yang memakai sut siri animasi popular, Ultraman Zero ini menjadi bualan ramai dan mendapat perhatian oleh penerima vaksin lain serta petugas di hospital berkenaan.

Ultraman Cucuk Vaksin 3

Menerusi sebuah posting di TikTok, dipercayai individu memakai kostum Ultraman itu dapat suntikan vaksinnya di KPJ Penang Specialist Hospital. Dalam video itu, dilihat dia turut melalui proses vaksinasi sama seperti orang lain. Ultraman pun ada MySejahtera okay.

Sewaktu tengah menunggu giliran, dia menjadi perhatian mereka yang berada di situ dan sempat juga dia bersembang serta bergambar dengan peminatnya. Bukan tu saja, lepas dah siap divaksin dia turut ambil peluang macam orang lain untuk bergambar dekat photobooth sebagai kenang-kenangan.

Perkongsian dimuat naik itu dah jadi perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah mendapat hampir 360k tontonan.

@kpjpenang

Ultraman completed second dose 💪🏻😅 #fypシ #ultramanzero #penanglawancovid19 #LindungiDiriLindungiSemua #jomambilvaksin #kitajagakita @syuk2882

♬ original sound – KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL – KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL

 

“Selamat kn diri”

Meninjau ke ruangan komen, nyata ramai yang terhibur dengan aksi ditunjukkan individu berkenaan. Dalam banyak-banyak komen tu, ada menyatakan yang Ultraman ni nyata lagi takutkan Covid berbanding musuh sendiri. Selain itu juga, ada juga yang tanya mana Ultraman yang lain. Netizen pun in character eh.

Reak Ultraman Cucuk Vaksin 1 Edit Reak Ultraman Cucuk Vaksin 2 Edit Reak Ultraman Cucuk Vaksin 3 Edit Reak Ultraman Cucuk Vaksin 4 Edit

Kreatif betul orang Malaysia ni. Macam mana dia nak selak masa cucuk tu ?

 

Baca : “Tak sempat bersiap” – [VIDEO] Lelaki Pergi Vaksin Pakai Baju Kelawar Buat Netizen Terhibur

Foot Ultraman Cucuk Vaksin

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.