Haah kan. Manalah kita nak tau, tak ada bagitau pun sebelum ni!
Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter telah mengambil inisiatif untuk ‘menegur’ pembeli-pembeli yang menggunakan perkhidmatan pandu lalu makanan segera sebab katanya mereka ni lambat bila nak buat keputusan serta membuat pembayaran. Katanya:
Bukan nak kalut atau memaksa
Dah ambil barang, jangan agih makanan dekat situ
Ada ranking rupanya…
Oh macam tu ke, sebagai pelanggan, manalah nak tahu ada macam tu sebab tak pernah diberitahu pulak pasal 30 saat ni. So, ramailah netizen yang kurang senang dengan tweet pengguna Twitter tadi tu. Bukan tu je, ada juga yang beritahu berdasarkan pengalaman lama, banyak yang tersalah terima order makanan mereka.
Namun begitu, pengguna Twitter tersebut cuba berikan justifikasi mengenai tweetnya selepas mendapat sambutan yang negatif daripada orang ramai.
Haih, macam-macamlah. Tak tahu pula ada peraturan yang macam tu sebab langsung tak pernah diberitahu. Mungkin lepas ni bolehlah pelanggan pun praktikkan 30 saat tu.