in

30% Kedai Mamak Naik Harga Walaupun GST 0%

Mamakkkk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang PRU14, mereka telah tunaikan janji untuk turunkan GST ke 0%. Namun, nampaknya janji yang ditunaikan PH ni tidak sambut baik oleh sesetengah peniaga terutamanya restoran mamak di seluruh negara.


Menurut Projek MM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapati bahawa 30% restoran mamak di seluruh negara dah naikkan harga makanan lepas penguatkuasaan GST pada kadar sifar 1 Jun lalu. Alamak mamak! Kenapa ni?

Restoran Mamak Mahal 600
sumber: fmt

Menteri yang terlibat, Datuk Saifuddin Nasution berkata beliau dapat peratusan ni daripada hasil tinjauan kementerian yang bandingkan harga makanan di kedai mamak pada sebelum dan selepas GST 0%.

“Kami dapati harga makanan di 30% kedai mamak telah berlaku kenaikan harga manakala 70 peratus yang lainnya menyaksikan penurunan.

“Oleh itu kami kini giat mengenal pasti restoran yang masih degil untuk tidak menurunkan harga makanan,” katanya.

20180704Ym01
sumber: mmo

Hasil daripada tinjauan ni, pihak kementerian nampaknya kenalah pantau dan beri tindakan yang bersesuaian memandangkan KPDNHEP banyak guna pendekatan mendidik daripada mendenda peniaga. Baik jugak kementerian ni. 

“Untuk kesalahan pertama kita akan nasihat, asalkan tiada pelanggaran undang-undang secara berlebihan. Sekiranya kesalahan terbabit berulang barulah tindakan tegas akan diambil,” tambah Saifuddin.

Kepada kedai mamak yang terbabit, tak baik tau naikkan harga makanan. Tambah-tambah pulak tengah World Cup ni. Ramai yang lepak mamak! 

Baca: Selamber Je Mat Sabu Breakfast Mamak Sebelum Pergi Istana

Mat Sabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.