“Mana daging weh?” – Individu Kecewa Beli Martabak Daging Dapat ‘Extra’ Bawang

Tambah ke Sumber Pilihan
“Mana daging weh?” – Individu Kecewa Beli Martabak Daging Dapat ‘Extra’ Bawang

Walaupun kita dah puasa lebih dari seminggu, isu tentang makanan di bazar Ramadan masih menjadi bualan ramai. Sebelum ini, ada pelanggan yang mengadu mendapat kuih yang keras, nasi basi dan sebagainya.

Terbaharu, ada peniaga yang didakwa tidak jujur kerana menjual martabak daging yang indah khabar dari rupa. Hantaran video oleh @wawawani7 membuktikan masih ada peniaga yang bersikap sebegitu.


Order martabak daging dapat..

Setiap tahun, pasti orang ramai menantikan salah satu juadah popular bazar Ramadan iaitu martabak. Mereka juga mengharapkan inti martabak itu penuh dan semestinya sedap.

Artikel berkaitan: “Baru nak makan sekali..” – Wanita Terkilan Nasi Ayam Dibeli Di Bazar Ramadan Berlendir

Artikel berkaitan: Netizen Geram Peniaga Bazar Ramadan Aniaya Pelanggan, Pulut Panggang Didakwa Keras Macam Kayu

Pun begitu, pengguna di TikTok itu meluahkan rasa kecewa kerana martabak daging yang dibelinya di bazar Ramadan tidak seperti rupa makanan tersebut. Nampak seperti martabak biasa namun intinya hanya penuh dengan bawang dan telur.

Mana daging weh? Kata martabak daging ini martabak bawang!

Di kapsyen video, dia menganggap martabak yang dipesan adalah inti daging namun yang dapat hanyalah extra bawang.

Tak sangka beli martabak daging dapat extra bawang.

“Lebih rela beli martabak kedai mamak..”

Ramai warganet di ruangan komen kesal dengan peniaga yang tidak jujur itu. Ada yang rela membeli martabak di kedai mamak yang pasti tidak akan ditipu.

Bawang 2

Selain itu, ada yang memerli segelintir peniaga yang sengaja menaikkan harga martabak kerana harga bawang semakin mahal.

Bawang 1

Kecewanya dapat macam ni..

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Mana daging weh?” – Individu Kecewa Beli Martabak Daging Dapat ‘Extra’ Bawang
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mana-daging-weh-individu-kecewa-beli-martabak-daging-dapat-extra-bawang/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM