in

‘Mana borang undi pos?’

Undi Pos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang tinggal jauh dari Malaysia atau penjawat awam yang bertugas masa hari mengundi Rabu ini, pengundian akan diadakan awal sikit daripada rakyat biasa iaitu pada 5 Mei lalu.


Tapi rakyat Malaysia yang tinggal kat luar negara baru-baru ni mula rasa bimbang bila borang undi pos dorang tak tiba-tiba sampai sekarang. Aikk macam mana boleh jadi macam ni?? Menerusi perkongsian Xxanne di Twitter, netizen ni meluahkan rasa kecewanya bila borang undi yang sepatutnya dihantar lepas hari penamaan calon masih ada kat Malaysia lagi. 

4 Mei 2018 (Jumaat)

  • Xxanne berasa sedikit kecewa apabila borang undi yang sepatutnya tiba sebelum 5 Mei tak juga sampai-sampai ke tangannya.
  • Dia terpaksa minta emaknya call SPR untuk maklumkan hal tersebut.
  • SPR cuma minta mereka bersabar tunggu sebab kertas undi mungkin akan sampai sana sama ada hari Jumaat atau Sabtu.

“Ini sangat mengecewakan dan saya tak tahu nak mula daripada mana. Saya seorang warganegara Malaysia yang kini tinggal di Korea dan berdaftar sebagai pengundi pos. Saya tahu yang kertas undi akan hanya dihantar selepas hari penamaan calon, jadi saya tunggu sehingga ia sampai ke sini,” kata Xxanne.

Undi Pos 1
sumber: twitter
Undi Pos 2
sumber: twitter

 

5 Mei (Sabtu)

  • Xxanne masih tak dapat kertas undi dan dia jugak sedar ada di kalangan pengundi pos lain dah dapat tracking number dari DHL atau FedEx berkaitan kertas undi dorang.
  • Lebih mengejutkan kertas undi Xxanne masih stuck kat Malaysia!
Undi Pos 3
sumber: twitter

Tweet rungutan Xxanne tidak berakhir di situ saja. Selepas periksa laman DHL sekali lagi, dia dapati borang undinya baru je berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 8.41 malam, Sabtu (5 Mei) lepas. Borang undi tu dijangka tiba 8 Mei ni (esok). Sah-sahlah tak sempat kan! 

Undi Pos 7

Dccekivv0Aagql9
sumber: twitter

 

6 Mei (Ahad)

  • Xxanne sangat bersyukur bila dapat update dari DHL yang kertas undi pos baru je sampai semalam
  • Sungguhpun dia terpaksa bersusah nak ke Incheon dapatkan kertas undi tu
  • Xxanne rasa berbaloilah kalau perkara ni mampu bawa perubahan kepada masa depan Malaysia.

Undi Pos 8

Undi Pos 9
sumber: twitter

 

‘Kenapa kertas undi saya masih kat Malaysia?’

Bengang dengan situasi menimpa, Xxanne senaraikan 3 perkara pelik yang tak sepatutnya terjadi kepada pengundi pos di luar negara sepertinya:

1. Bukan ke sepatutnya kertas undi dihantar selepas hari penamaan calon?

Undi Pos 4
sumber: twitter

2. Borang undi pos mungkin akan sampai hari Selasa (8 Mei 2018) 

Undi Pos 5
sumber: twitter

3. Ini bukan kes terpencil. Ramai lagi yang sudah terkena. 

Undi Pos 6
sumber: twitter
Dcaspwyvaaa 4Rj
sumber: twitter

SPR bagi jaminan kertas undi sempat tiba

Dalam pada tu, SPR berkata, pihak mereka akan memberi jaminan semua kertas undi terbabit sempat tiba di tangan pengundi dan hantarnya semula ke pegawai pengurus pilihan raya kawasan masing-masing sebelum jam 5 petang 9 Mei ini, lapor Berita Harian.

Dijangkakan seramai 12,000 pengundi berada di luar negara dan sebanyak 299,000 berdaftar sebagai pengundi pos. Permohonan undi pos banyak diterima dari negara United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Jerman.

Anda salah seorang daripada pengundi pos? Kongsikan pengalaman anda dengan kami! 

Baca: Pendedahan Berani! Tun Mahathir Bongkar 13 ‘Taktir Kotor’ PM Najib Tipu dan Cuba Menang PRU14 

Mn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.