“Malu gilaaa”- [VIDEO] Padah Lupa Tutup Mic Waktu Kelas Online, Pensyarah Terkejut Pelajar Jerit Suruh Diam

Tambah ke Sumber Pilihan
“Malu gilaaa”- [VIDEO] Padah Lupa Tutup Mic Waktu Kelas Online, Pensyarah Terkejut Pelajar Jerit Suruh Diam

Disebabkan kes Covid-19 yang masih tidak reda di negara kita, rata-rata kelas pembelajaran terpaksa diteruskan secara atas talian.

Walaupun ramai yang mengadu diorang stress kelas online, tapi ada juga yang terhibur bila tengok macam-macam gelagat lucu yang tidak disengajakan waktu tengah kelas.


Terlupa tutup mikrofon waktu kelas

Menerusi satu perkongsian video oleh gadis bernama Putri Anis Anisya yang dimuat naik di Tiktok semalam, dia berkongsi kisah lucu ketika dia berada di dalam kelas online.

Kejadian mengaibkan dirinya itu berlaku bila dia terlupa untuk tutup mikrofon ketika kelas sedang berlangsung.

Waktu pensyarah dia tengah khusyuk mengajar, gadis itu dilihat sedang menutup sebelah telinganya seolah-olah nak hilangkan bunyi bising di rumah dia. Tapi, disebabkan dia tak tahan lagi dengan bunyi itu, dia terus menjerit suruh diam dengan nada yang sangat kuat.

Gara-gara terdengar jelas suara gadis itu, pensyarah dan rakan-rakan sekelas dia pun terkejut dan ada yang terbeliak mata. Siapa yang mengantuk tu mesti dah terjaga terus bila dengar suara perempuan tu menjerit.

Tak lama selepas itu, barulah gadis itu perasan yang dia terlupa nak tutup mikrofon dan terus minta maaf atas kejadian yang tidak sengaja itu. Nasib baik la pensyarah tu pun sporting je sebab dia pun tersenyum je.

KantoiSumber: Tiktok

Jangan main-main bila perempuan marah

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan terkejut bila tengok gadis itu menjerit waktu tengah kelas, lagi-lagi waktu pensyarah tengah mengajar. Nasib baik dapat pensyarah yang baik, kalau dapat jenis yang garang waktu tu, memang innalillah la.

Whatsapp Image 2021 06 24 At 5.11.55 PmSumber: Tiktok

Dah nama pun terlupa, nak buat macam mana kan? 

Sumber: putrianisanisya

Baca:“Nak belajar tapi dalam masa yang sama taknak derhaka” – Netizen Terhibur Tengok Student Tumbuk Bawang Masa Online Class

Capture 59

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farahin Fadzil
Lagi tulisan Farahin
Kalau orang ajak berjalan memang tak pernah tolak la sebab memang kaki merayap! Sejenis yang gelak macam orang semput tapi bercakap macam ada microphone dalam mulut. Terlalu obses dengan #independentwoman .

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Malu gilaaa”- [VIDEO] Padah Lupa Tutup Mic Waktu Kelas Online, Pensyarah Terkejut Pelajar Jerit Suruh Diam
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/malu-gilaaa-video-padah-lupa-tutup-mic-waktu-kelas-online-pensyarah-terkejut-pelajar-jerit-suruh-diam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM